Sepi...

>> Friday, February 8, 2008

bye2 bear.....dirimu bukan milikku...=(
Hmm xtau laa kenapa hari ni hari yang sedih sgt....kadang2 terfikir...betul ke tindakan aku ni...tp aku rasa itulah jalan yg terbaik...biarlah perkara ini tak berulang lagi sampai bila2...yang pahit itulah penawar...insyaAllah moga2 ni lah petunjuk dari semua pertanyaan2 yg terlintas..walaupun hati ini sgt berat utk melepaskan...tp dia bukan milikku...tiada hak diri ini utk menentukan hidupnya...=( biarlah semuanya berlalu pergi...

Cinta,Sahabatku Melalui Jalannya Terlebih Dahulu

Aku dikejutkan dengan suatu hakikat yang telah berlaku kepada dua insan yang aku kukenali dalam perjalanan hidup ini.Memang di luar jangkaan.Moga anda berdua meniti jalan keredhaan ALLAH.

Hanya untuk renungan bersama,ana sertakan dalam blog pada kali ini satu penulisan seorang saudara kita.

Romantik, Caring, Sentimental Value, Sehati Sejiwa, Fantastik: Semuanya Hanyalah Plastik.

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai-nilai di atas semuanya adalah plastik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang disalah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang dibenarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta yangbersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya. Jika tidak berminat masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang. Romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam Islam. Oleh itu, bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam ? Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.

Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis kerana was was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih ke arah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati, itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak disekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa rasa rindu yang amat sangat? Sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah. Orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman . Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita, tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta serta mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta yang mana akhirnya akan terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan.Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan.

Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itulah cinta hakiki yang tidak boleh dijual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya. Apabila individu itu benar-benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya, ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman di dalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua tiga ke atau empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa. Malah, masalah samada sayang atau tidak sayang tidak timbul kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang diakhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah Islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam. Bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata. Sememangnya tidak dinafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya.

Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta. Sebagai contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang dicintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang dibimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura-puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik dan bercakap yang baik-baik di depan orang yang dicintainya. Maklumlah orang yang dicintai itu seorang yang beriman. Tetapi bila bercakap dengan kawan-kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana tiada asas malu. Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam, jika ingin memulakan ikatan cinta itu berasaskan cinta yang penuh didikan iman, perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut. Sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru. Mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari. Semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik-baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk dicintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini, akan tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri. Ilmu yang dipelajarinya sekiranya tidak diamalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita bila mana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya, jangan mudah terusik hati. Perhatikan agamanya, kebaikannya dan segalanya sejak dia belum mengenali kita. Maksudnya ialah sifat asalnya dan muamalat asalnya, kerana jika kita mudah membenarkan hati dilalui, ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam. Uji mereka dulu dengan corak akhlak dan pergaulan iaitu jangan membenarkan kita dirapati akan perasaan mereka agar menimbulkan keraguan dan was-was yang kita tidak menerima cinta mereka. Ini tidak, anak-anak gadis dan pemuda suka melayan dan melayan dan akhirnya terbuai kata-kata asmara yang terbina sendiri dan menimbulkan kerosakan hati di dalam hati mereka sendiri. Biarlah di katakan diri kita ego tetapi ego untuk kebaikan iaitu menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan. Benarkah begitu? Sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak. Bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik? Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa? Tentulah sekali dengan meminang wanita ini. Sebab wanita ini bukan calang-calang imannya. Tentulah terfikir di hati mereka "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk dikuasai kerana apabila diberinya cintanya pada aku, akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang diizin dan dihalalkan oleh Islam dan Allah Ta`ala" Oleh itu, kata-kata bidalan "Berkawan biar beribu bercinta biar satu" tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut ditambah "Bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam" disebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah. Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang-orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut dicintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik. Di situ sudah menampakkan penilaiannya di mana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik dan begitulah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.

Berkata Imam Nawawi: "Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu"

Oleh: Hamba Allah(Dipetik daripada e-mail yang diforwardkan kepada AHMADI)

Subhanallah, moga kekejutan yang melanda diri ini akan reda.Bahkan ukhuwwah kita dalam wadah perjuangan ini akan berkekalan,kerana kita semua menuju perkampungan akhirat.Cuma antuma berdua lebih awal dalam mengikat hati dalam membina baitul Muslim.Ana doakan yang terbaik,jodoh pertemuan di tangan ALLAH Robbul Jalil.


Pernah aku terfikir akan wanita mukminah solehah,namun wajarkah aku jebakkan diri dalam percintaan kepada wanita,sedangkan masih longgar kecintaanku kepada ALLAH s.w.t.,Nabi Muhammad s.a.w dan perjuangan Islam yang sentiasa memerlukan para 'amillin yang mukhlisin.

Usah bingungkan diri ini.Biar sempurna dulu didikan ilmu.Jadilah orang yang salik dan sentiasa mendambakan diri untuk mardhotillah. Masaku belum tiba.Jika suci murni keikhlasan diri ini serta hubungan dengan ALLAH s.w.t langsung tidak diabaikan,nescaya benarlah janji ALLAH,dia yang terbaik pada pandangan ALLAH akan hadir pada diri ini.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.." Surah An-Nur ayat 26.

Tiada keraguan pada ayat-Mu ya ALLAH.

dipetik: http://ikhwanzhaki. blogspot. com/2007/ 07/cintasahabatk u-melalui- jalannya. html

Read more...

selesai opkim...

>> Thursday, February 7, 2008

With sis alia...masa ni news monitoring kg Tanggai...belakang tu kebun sayur..besar sgt...
Gambar dgn iman....(malam kenduri berandoi)
Depan SK Nuri...ada gaya cikgu tak??hehe
Dgn uwan zainab n hidayah...(sama2 cucu angkat uwan)

alhamdulillah....akhirnya abis jugak opkim yg berlangsung selama 6 hari 5 mlm....huhu best.....serius...tp sedih laa tgglkan uwan zainab..mcm2 yg aku dapat dlm opkim ni...kehidupan org kampung tanggai ni sama je mcm org2 kg lain..cumanya dorg ni lebih kepada pertanian...mmg best laaa makan sayur fresh2...lauk2 uwan masak..mmg no 1 la...naik 2kg..hehe tu baru duduk 6 hari..hari pertama tu ktrg ada news monitoring...carik apa masalah kmpung tanggai...jalan pusing keliling kampung..dgn tok ketua n nazir masjid..hebat laa tok ketua...tok karim..dah umo 73 pun larat jalan jauh2...ktrg ni dah semput dah..hehe kat ctu laa kenal ramai budak2 PERMANIS...best laaa dorg...sporting...masa tu tak rapat lagi dgn dak2 lelaki...bajet laaa katakan.hehe.... masuk hari kedua tu..dah ok dah..xde laa segan2...mcm2 yg berlaku...afizi accident,hidayat balik umah ayah dia suh jg adik,wee kena balik ambik motor,nazri pulak balik sbb nk setelkan saman..tu pun sehari sebelum abis..sayang betul..aktiviti yg paling best sekali....masa gotong royong nk kenduri...aku pertama kali belajar buat bunga rampai..hehe mcm2 bunga kena potong...pastu ms hari kenduri tu...majlis berandoi..n bercukur...hmm tak sangka kg tanggai tu masih amalkan adat perpatih ni..kuat gile lak tu...patutlaa masa buat news monitoring tu aku tgk byk giler umah2 pusaka yg tertinggal..tok karim kata 'org perempuan bilo dah kawin ikut suami..tggl laaa umah pusako tu tak do sapo jago..' n prgm best jugak motivasi seko...jadi fasi kpd 3 org budak2 kelas 6 pintar SK Nuri...amirul,abd aziz n emirawati...yg nakal nya amirul tu...hehe tp muka cute...then ada sukaneka...best jugak..tp kalah...hhehe dapat tempat 2nd last...tp masa nak balik tu...nangis...xsanggup nk tggalkan uwan..mula2 tu nk tahan la...tp sekali uwan nangis dulu......waaaaaaaaaaaa.....knp uwan ngs..hehe...hope...nnt hubungan dgn uwan tak kan putus...sbb mama(anak uwan) dok putrajaya je...so boleh la...nk pg lawat mama...lagi pun tak jauh johol ngn pilah...cuti2 nnt boleh jenguk uwan...n sedih jugak nk tgglkan adik iman...damia iman...adik ni special sikit...dia ada sakit apa tah tak tau...
tapi masa dia lahir tu..uwan cite kena paksa...then dia rabun dari kecik lari....400 500 power mata dia...suka sgt main dgn dia...iman umur 3 thn...iman...miss u....=(

Read more...