TERIMA KASIH DATUK SERI MOHAMED KHALID NORDIN

>> Sunday, July 27, 2008

Hari ini ( 27 Julai 2008) gempar satu Malaysia khususnya bagi warga universiti berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamed Khaled Nordin bahawa “ Pemimpin parti politik boleh masuk IPTA”. Pemimpin bagaimanakah sebenarnya yang di maksudkan oleh Menteri Pengajian Tinggi kita ini?



Beliau menyatakan bahawa tidak kira pemimpin dari mana- mana parti sekalipun dibenarkan masuk dan memberi ceramah kepada mahasiswa universiti tetapi tetap bersyarat iaitu tiada agenda politik dalam penyampaian. Beliau juga menjelaskan tentang keadilan kepada mahasiswa bahawa tidak ada maknanya sekiranya pihak universiti menjemput salah satu pihak sahaja.


Jika inilah keputusan yang tetap dan tidak tersembunyi apa- apa agenda lain dibelakang kenyataan itu, perkara ini merupakan satu kemenangan besar kepada mahasiswa. Dengan rombakan yang dibuat, suara- suara mahasiswa yang idealistic akan bergegar- gegar bukan sahaja di negara kita bahkan mampu memecahkan tembok dunia. Kita tidak lagi dikongkong dengan peraturan- peraturan yang melembabkan pergerakan mahasiswa, peraturan- peraturan yang menjadikan mahasiswa jumud, rigid dan ketinggalan, perlembagaan yang menjadikan mahasiswa kurang kesedaran politik justeru melenyapkan bakat kepimpinan yang ada. Saya juga yakin dan percaya demonstrasi- demonstrasi jalanan yang berkaitan dengan ketelusan kerajaan akan hilang ibarat abu diterbangkan angin.

Mungkinkah dengan rombakan ini, kita akan kehadapan? Mempunyai wakil yang akan bersama- sama di Parlimen mendengar dan mengulas isu- isu negara, mungkin? Atau Parti Mahasiswa Negara (PMN) akan menjadi satu parti yang legal dalam masyarakat seiring dengan UMNO, PAS, dan PKR? Mungkinkah juga berjiwa besar memimpin mahasiswa akan wujud dalam diri kita? Juga mahasiswa yang hanya tahu ke taman bunga, berdua- duaan dengan pasangan akan tersedar dari mimpi ngeri dan memulakan hidup baru dengan majlis- majlis ilmu? Mungkinkah ini semua?



Sekiranya inilah yang berlaku, hanya ucapan ribuan terima kasih yang mampu dilafazkan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled atas keprihatinan dan kerjasama Datuk Seri kepada kami mahasiswa- mahasiswa yang dahagakan ilmu, ketelusan, keadilan dan semangat kepimpinan. Semoga keputusan yang Datuk Seri putuskan ini menjadi pencetus kepada kepimpinan baru yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor
Mahasiswi Tahun ke- 2
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya
Jabatan Sains Gunaan dgn Pengajian Islam.

http://rabiatuladawiah.blospot.com

2 comments:

syuhadah dzarawi July 28, 2008 at 9:14 AM  

hehe...nak juga tinggal komen kat sini. sory awi, i'm using ur laptop. ngah tension coz da la lama tunggu bas pastu kena tinggal plak. mana pro mahasiswa ni nak membantu penumpang setia RapidKL mcm saya ni=(

idealistik is good, juz s/t we need to be in reality...konsep perjuangan mahasiswa perlu dirombak mungkin. situasi sudah berubah dan bukankah kita aGenda perubahan...Make the change and let people watch that we are not NATO (no action, talk only).

R@bi@tuL @d@wi@h July 28, 2008 at 9:53 AM  

Hmm hehe ohoooo mencuri guna eh..ngee...hmmm yup2 sy bersetuju dengan pandangan yg dilontarkan.. zaman sudah berubah dan sepatutnya pemikiran kita pun berubah lebih sophisticated. mungkin ada sesetengah kita talk only tp actionnya bukan x buat tapi lmbt sikit.. mana nak tau kan? sbb setiap manusia berbeza2 pergerakan dan pertimbangan nya...=)