hey...bertuah badan....=)
>> Monday, July 16, 2007
Bertuahnye bersuamikan insan dalam petikan ni...
Assalamualaikum,Lebih kurang tiga minggu yang lepassaya membawa isteri ke 'MahkotaMedical Centre', dia mengadu kepadasaya kepalanya pening, rasa mual danbadanya lenguh-lenguh. Saya tanyadia"mengandung kot?" Dia kata tak adaOleh kerana 2-3 hari macam tusaja,saya bawak dia jumpa doktor danternyata... isteri saya mengandung duabulan. Emmm saya dah agak dah.Makabermulalah cerita baru dan haluansejarah masa depan akan pastinyaberubah lagi.Dia akan merasa loya dengan bau yangsebelum ini senang baginya,termasuklah bau badan saya. Morningsickness yang teruk sekali bagi isterisaya.Kasihan sungguh, terbaring sajasepanjang masa. Makan tak boleh, minumtak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,kadang-kadang tu asyik nak tidur saja.
Selesai saja solat Isyak dah masukbilik. Pada awalnya saya tidur katluarlah sebab dia tak boleh bau badansaya. Saya fahamlah orang mengandungmemang macam tu! , sekarang ni dahboleh tidur dengan saya dan saya sudahtahu macamana nak elakan insomnia yangdialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri sayaterlelap.Memang kebiasaan sebelummengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isterisebelum tidur sehinggalah dia terlelap.Sekarang saya terus membaca Al Qurandisisinya sebagai ubat tidur bagiisteri dan anak dalam kandungan.Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itusahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.Perkara yang mula-mula saya ceritakanpadanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang sayapelajari dahulu iaitu kitab 'KasyafulMahjub'.
Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah,kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatahlagi saya. Apa yang akan berlaku padakemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.Saya bercerita kepadanya tentangAllah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahajaterutamanya yang mempunyai hubunganrapat dengan kita.Tak kiralah anak,isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuaiterutamanya diwaktu dua pertiga malam,kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimumketika ini. Yang tidur hanyalahconscius mind (minda sedar).2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah denganhalus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah.Kemudian terus dengan berzikir didalamhati dan jangan putuska! n zikir anda.4. Angkat ibu jari anda,kalau bolehjanganlah di putuskan zikir didalamhati dan bercakaplah dengan suara yangagak perlahan agar tidak sampaimengejutkanya. Beritahulah apa yangingin anda beritahunya. Kebiasaannyasaya akan menasihati isteri saya agartidak selalu melewatkansolat,banyakkan berselawat, banyakbersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangidengan apa sahaja nasihat yang andainginkan. Jangan putuskan zikir anda,supaya zikir itu masuk bersama dengannasihat anda5. Anda akan dapat melihat reaksi yangdia sedang menerima pernyataan andaiaitu kelopak matanya bergerak-gerak.Insyallah saya doakan diri saya dananda berjaya dengan kaedah ini.Pernah di zaman Imam Abu Hanifah(Hanafi An Nu'man), seseorang pernahbertanya kepada bapa Imam AbuHanifah. "Tuan, bagaimanakah tuanmendidik Hanafi sehingga beginiistimewa jadinya. Jawab bapa Imam AbuHanifah "Aku didik Hanafi 40 tahunsebelum dia dilahirkan". Kalaudidengar pernyataan i! ni tentu anehbagi kita bukan. Bagaimana mungkinmanusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingindisampaikan oleh Tsabit (bapa Imam AbuHanifah) ialah dia sendiri telahdiasuh, manakala isterinya juga sudahdi didik dan Hanafi sendiri sudahdididik sejak dari kandungan lagi.Saya beri anda satu logik akal, acuanyang bulat mana mungkin menghasilkankuih segiempat. Begitu juga dengananak dan isteri kita. Mereka adalahcermin kepada diri kita sendiri.Saya bacakan kisah ini kepada janinyang sedang membesar dalam perutisteri saya. Saya sentiasa berdoa agardia terus membesar dan dilindungiAllah sebagaimana Allah memeliharaImam Abu Hanifah. Saya nasihatkan diadengan nasihat yang disuarakan olehLuqman Al Hakim kepada anaknya. Sayabacakan kisah para rasul, paranabi,wali songo, tujuh wali melayukepadanya. Cuma isteri saya menasihatiagar suara saya tidak terlalu kuat,bimbang didengar oleh jiran, apa pulakata mereka nanti.Dalam kepekatan mal! am, isteri sayasudah pun yenyak dibuai mimpi.
Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap.Saya kehalaman rumah, mahu merenunglangit malam, satu-satunya hobi sayasemenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hinggakini. Langit agak terang dan bersih.Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya diamenemani saya disini, kami akanbercerita tentang segala-galanya,tentang masa depan, tentang anak,tentang cinta, tentang tuhan.Saya terus merenung langit malam, sayaanak yatim piatu yang ditinggalkanditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibuayah saya.
Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujudsalasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasihdirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi ya! ng teddybear adalah'mama' nya seperti saya.Air mata ini mengalir lagi. Mudahbenar ia tumpah.Oh! janganlah tumpahlagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlahketika sujud menyembah ilahi.Pesanguruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.Saya tidak mahu terus melayanperasaan,segera saya kuncikan pintudan ke kamar tidur.Isteri saya telahpun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalamhidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan, kesetiaan dancintanya kepada saya.Insyallah tidaklama lagi,akan muncul 'bintang timurkecil' dalam hidup saya
- dipetik dari portal ukhwah.com
0 comments:
Post a Comment