Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Gelombang Demo???

>> Wednesday, August 13, 2008

Kali ini aku tak berminat nak komen apa2 tentang isu ni. Sebagai mahasiswa, rakyat malaysia, org melayu dan beragama Islam...pandai2lah kita fikir apa sebenarnya kita nak dlm hidup ni..

cumanya situasi sekarang ni bg aku mcm pelik la jugak. Semalam sapa2 yg tgk buletin utama tv3, ada dua gelombang...awal2 berita kita di hangatkan dengan gelombang hitam.. tentang tuntutan student Uitm kepada MB selangor, berkenaan kuota 10% pada non bumi di Uitm...
pastu pertengahan tu gelombang putih pulak dari student masterskill cheras..tentang isu PTPTN...


zaman demonstrasi telah kembali?? think!



apa pendirian kita (sape2 yg student lagi laa...) tentang isu2 ni..
apakah tujuan MB selangor buat kenyataan tersebut?
kita ni hidup hny utk melayu je ke??
fikir dan teruslah berfikir!

gmbr di sebelah adalah salah seorg hamba Allah yg sgt bersemangat dlm demo kali ini...hehe...(jgn bangga eh gmbr kuar lak kat blog famous ni...ngee...)







Read more...

TERIMA KASIH DATUK SERI MOHAMED KHALID NORDIN

>> Sunday, July 27, 2008

Hari ini ( 27 Julai 2008) gempar satu Malaysia khususnya bagi warga universiti berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamed Khaled Nordin bahawa “ Pemimpin parti politik boleh masuk IPTA”. Pemimpin bagaimanakah sebenarnya yang di maksudkan oleh Menteri Pengajian Tinggi kita ini?



Beliau menyatakan bahawa tidak kira pemimpin dari mana- mana parti sekalipun dibenarkan masuk dan memberi ceramah kepada mahasiswa universiti tetapi tetap bersyarat iaitu tiada agenda politik dalam penyampaian. Beliau juga menjelaskan tentang keadilan kepada mahasiswa bahawa tidak ada maknanya sekiranya pihak universiti menjemput salah satu pihak sahaja.


Jika inilah keputusan yang tetap dan tidak tersembunyi apa- apa agenda lain dibelakang kenyataan itu, perkara ini merupakan satu kemenangan besar kepada mahasiswa. Dengan rombakan yang dibuat, suara- suara mahasiswa yang idealistic akan bergegar- gegar bukan sahaja di negara kita bahkan mampu memecahkan tembok dunia. Kita tidak lagi dikongkong dengan peraturan- peraturan yang melembabkan pergerakan mahasiswa, peraturan- peraturan yang menjadikan mahasiswa jumud, rigid dan ketinggalan, perlembagaan yang menjadikan mahasiswa kurang kesedaran politik justeru melenyapkan bakat kepimpinan yang ada. Saya juga yakin dan percaya demonstrasi- demonstrasi jalanan yang berkaitan dengan ketelusan kerajaan akan hilang ibarat abu diterbangkan angin.

Mungkinkah dengan rombakan ini, kita akan kehadapan? Mempunyai wakil yang akan bersama- sama di Parlimen mendengar dan mengulas isu- isu negara, mungkin? Atau Parti Mahasiswa Negara (PMN) akan menjadi satu parti yang legal dalam masyarakat seiring dengan UMNO, PAS, dan PKR? Mungkinkah juga berjiwa besar memimpin mahasiswa akan wujud dalam diri kita? Juga mahasiswa yang hanya tahu ke taman bunga, berdua- duaan dengan pasangan akan tersedar dari mimpi ngeri dan memulakan hidup baru dengan majlis- majlis ilmu? Mungkinkah ini semua?



Sekiranya inilah yang berlaku, hanya ucapan ribuan terima kasih yang mampu dilafazkan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled atas keprihatinan dan kerjasama Datuk Seri kepada kami mahasiswa- mahasiswa yang dahagakan ilmu, ketelusan, keadilan dan semangat kepimpinan. Semoga keputusan yang Datuk Seri putuskan ini menjadi pencetus kepada kepimpinan baru yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor
Mahasiswi Tahun ke- 2
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya
Jabatan Sains Gunaan dgn Pengajian Islam.

http://rabiatuladawiah.blospot.com

Read more...

Mahasiswa Bersama Masyarakat

>> Monday, July 14, 2008


12 Julai 2008 merupakan tarikh hitam dalam diari kehidupan penduduk- penduduk perumahan setinggan Kerinchi. Lebih dari 15 buah keluarga di kawasan perumahan ini telah kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang berlaku lewat tengahari semalam. Lebih kurang jam 1 petang api telahpun marak dan menjilat hampir keseluruhan kawasan tersebut. Mangsa- mangsa kebakaran ditempatkan di Stadium Hoki, Lembah Pantai berdekatan dengan pintu gerbang Universiti Malaya.

Di fahamkan oleh Pak Abu- ketua kawasan perumahan tersebut punca kebakaran tidak diketahui. Namun, rata- rata mereka mengatakan ia berpunca dari rumah kosong yang berada di belakang rumah mereka. Salah seorang dari mangsa, Puan Ramlah mengatakan ketika kejadian tiada siapapun dirumah. Beliau yang menghidapi strok terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan diri keluar dari api yang semakin marak.


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turun ke padang untuk memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran. Bantuan yang diberikan berbentuk wang tunai dan keperluan- keperluan harian seperti beras, gula dan lain- lain keperluan asas.
Kira- kira jam 11.45 pagi, Ahli Dewan Rakyat Lembah Pantai YB Nurul Izzah tiba di perkarangan Stadium Hoki untuk melawat dan memberi semangat dan motivasi kepada mangsa. Walaupun sibuk dengan tugasnya beliau masih sempat turun ke padang untuk merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat.



Tidak ketinggalan mahasiswa dan mahasiswi dari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) terpanggil untuk berkongsi kesedihan dan juga memberi sedikit bantuan kepada mereka. Menurut YDP PMIUM, Mohd Haafizuddin b. Abirerah ”Mahasiswa seharusnya bersama- sama masyarakat tidak kira dalam apa juga keadaan. Kita tidak hanya inginkan mahasiswa yang pandai dalam bidang pelajaran tetapi juga mampu memberikan sesuatu yang berguna bahkan lebih dari itu”



” Saya mengharapkan supaya mahasiswa- mahasiswa yang mempunyai masa lapang khususnya mahasiswa dari Universiti Malaya dapat hadir ke stadium dan bersama- sama berkongsi rasa dengan mangsa- mangsa kebakaran. Walaupun kita tidak dapat membantu dari segi kewangan tapi kita mungkin dapat bantu mereka dari segi emosi.” kata Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor, salah seorang dari mahasiswi yang menyertai lawatan ini.

Bersama- sama PMIUM, mahasiswa dari Ma’aruf Club, Universiti Islam Antarabangsa turut prihatin dan peka dengan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa. Mereka beramai- ramai menaiki motor dari Gombak ke Lembah Pantai semata- mata ingin berbakti kepada mereka.

Read more...

::Dunia Bergegar::

>> Tuesday, July 8, 2008

Ingatkah kita zaman kejatuhan khilafah islamiyah yg berlaku di Turki? Tahun 1924 merupakan zaman kegelapan bagi negara Turki dan dunia Islam di mana ideology Kemalisme telah meresap masuk ke dada2 rakyat turki lantas mengubah segala system Islam kepada system Sekular. 1924 juga merupakan zaman pengkhianatan terhadap sejarah Islam dan telah menggelapkan keagungan tamadun Uthmaniyah.


Dunia telahpun maklum akan perubahan- perubahan yang telah di lakukan oleh Bapa Sekularisme, Kamal Ataturk ke atas dasar Islam antaranya ialah mengharamkan pemakaian songkok bagi muslimin dan pemakaian tudung bagi muslimat, melarang azan dalam bahasa Arab, menukar masjid Aya Sofia kepada muzium, memutuskan pertalian antara Turki dengan Negara Arab justeru menggantikan penggunaan huruf arab kepada huruf latin. Banyak lagi penyelewengan yang telah di lakukan yang menggugat sensitiviti kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh akan perintah Allah dan rasul-Nya


Namun mutakhir ini gerakan untuk meng’Islam’kan Turki giat di jalankan atas desakan fitrah kehidupan yang menginginkan hidup beragama. Perkara inilah yang ingin dibincangkan supaya kita sama- sama mendoakan Islam kembali di bumi Turki sekaligus mengusir ideology sekularisme dan menggahkan kembali kefahaman Islam di kalangan pembesar dan rakyat Turki.

Kita mungkin tidak pernah mendengar tokoh- tokoh seperti Adenan Manderes atau Suleiman Damirel. Namun tokoh- tokoh inilah yang berusaha keras untuk membangunkan Islam di Republik Turki. Kesan dari usaha mereka banyak masjid, sekolah- sekolah agama, maahad tahfiz, Pusat Tarbiyah Imam dan Khatib dan pelbagai lagi yang telah wujud sebagai mekanisme perkembangan Islam. Dan kesan dari usaha itu juga, tanggal 22 Julai 2007 di bawah pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) telah mendapat 46.6 % undi dalam pilihanraya Turki. Pencapaian ini merupakan pencapaian yang luar biasa dalam sejarah politik di Turki kerana ini bererti ½ dari rakyat turki memilih AK sebagai parti kepimpinan mereka. Nah! Ini membuktikan kemenangan Islam semakin hampir dan merupakan detik baru dalam sejarah Turki.

Hal ini telah memperlihatkan bahawa cara hidup masyarakat turki telahpun berubah dari cara hidup secular kepada cara hidup yang islamik. Tetapi, meskipun kemenangan memihak kepada parti Ak, golongan Islam masih sedikit dan perlu berhadapan dengan golongan sekular yang konservatif terhadap tradisi Kamalisme yang diwarisi sejak 1924.

KONFLIK

Akhir- akhir ini kita telah di gemparkan dengan berita tuntutan dari Ketua Pendakwa Raya Turki, Abdurrahman Yalcinkaya untuk mengharamkan parti AK. Belum pun setahun parti AK memerintah Turki, mereka telah menerima kontrovesi yang jalanan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak sekular disebabkan perasaan dendam dan iri hati terhadap parti Ak. Difahamkan bawaha Abdurrahman Yalcinkaya bukan sahaja memohon parti Ak di haramkan tetapi beliau jugak mendesak Mahkamah Perlembagaan untuk melarang 71 orang pemimpin kanan Parti AK dari berpolitik selama 5 tahun. Antaranya ialah Presiden Gul dan Perdana Menteri Erdogan. Tuntutan ini dibuat atas alas an parti AK menjalankan aktiviti antisekular seperti pemisahan antara lelaki dengan lelaki. Pepatah melayu ada menyebut “adapun peria itu kalau ditanam di atas sakar dan dibaja dengan madu lagi disiram dengan manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit jua”. Kalau memang tabiat manusia itu jahat, takkan baik juga.

Namun tindakan Ketua Pendakwa Raya ini tidak mendapat sambutan oleh rakyat Turki. Didapati sebanyak 70% rakyat menyokong parti AK dan menolak tindakan beliau. Jelas kepada kita bahawa persepsi masyarakat Turki telah berubah. Mereka menginginkan kehidupan baru yang suci dan tidak menyesatkan. Dunia semakin berubah. Kemenangan semakin hampir. Kita telah lihat betapa berani dan gahnya isteri Presiden Gul, Khayrunisa Ozyurt Gul melangkah dengan penuh yakin masuk ke istana presiden dengan memakai pakaian muslimahnya. Beliau menunjukkan ke’angkuhan’ dan kemegahan dalam memperagakan pakaian muslimahnya pada golongan sekular.

NAHDAH


Ini yang kita inginkan. Ke’angkuh’an dalam membuktikan kebenaran kepada golongan- golongan yang degil. Apa yang kita impikan sekarang adalah kemusnahan atau keruntuhan zaman ideology sekularisme. Mungkinkah akan tercatat di dalam sejarah tanggal 2008 atau 2009 dunia akan di banjiri air mata golongan yang meng’iman’i ideologi sekularisme menatap dan meratap dengan penuh syahdu keruntuhan empayar sekular di Republik Turki dengan kebangkitan Khilafah Islamiyah. Ayuh kita realisasikan impian ini!!!

51. Atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut pikiranmu". Maka mereka akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?" Katakanlah: "Yang Telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: "Kapan itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat", (surah Al-Israa'-51)

10. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Anfaal- 10)


Rujukan:

1. Turki. Negara Dua Wajah. Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam. (Dr. Abdullah Azzam

2. Dewan Masyarakat Keluaran Julai 2008.

3. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Written By,
Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor
2nd Year Student Of Uni Malaya
BA of Applied Science(Microbiology) and Islamic Studies

Read more...

Minggu Haluan Siswa berubah Haluan

>> Thursday, July 3, 2008



Tanggal 1 Julai 2008, genaplah setahun pembelajaranku di universiti terulung, Universiti Malaya. Pelbagai kenangan dan pengalaman yang tidak dapat di lupakan sepanjang aku belajar di sini. Ada yang gembira tidak kurang juga yang mendukacitakan.

Namun satu peristiwa yang aku satu tidak mungkin untuk aku lupakan iaitu kenangan minggu haluan siswa( MHS) pada 1- 7 Julai 2007. Bagi aku tarikh ini merupakan satu ‘nightmare’ dalam diri ini. MHS di UM induk berbeza dgn MHS di UM cawangan NIlam Puri. Byk aspek yang berbeza. Masa mengikuti MHS di UM induk aku dan sahabat2 ku sangat2 merindui suasana di Nilam Puri. Aku tidak mahu membezakan soal sosial kerana aku tahu Nilam Puri dan KL adalah 2 tempat yg berbeza suasananya. Tp yang aku ingin bandingkan adalah dari segi keintelektualan mahasiswa. Secara ringkasnya MHS yang aku dapat di KL hanya kehebatan dalam melakukan cheers, tarian poco2 dan semangat untuk berlawan antara kolej . Di mana letakkannya kehebatan mahasiswa yang selalu di canang- canangkan dalam akhbar? Tertanya- tanya juga pada diri apakah nasib adik- adik ku. Adakah mereka juga akan mengalami peristiwa yang sama, seperti yang aku lalui setahun yang lalu.


Atas desakan perasaan ingin tahu yang begitu tinggi, aku berkesempatan bertanya khabar dgn beberapa junior yang aku kenal.. dan rata2 aduan, komen dan rengetan dari mereka adalah sama. Antara yang aku terima ialah, salah seorang pengetua di kolej kediaman mendoktrin mahasiswa tentang isu Pro-M dan Aspirasi. Walaupun dia menyatakan bahawa mahasiswa ada hak memilih mana2 parti yg mereka inginkan namun ada unsur bias dalm pernyataan pengetua tersebut. Beliau mengatakan bahawa seandainya mereka mengundi Pro-M , mereka akan di buang dari kolej. Kenapa pengetua itu perlu memberikan penerangan seperti itu? Bukankah lagi wajar jika pengetua yang bergelar Doktor bersikap seperti seorang bijak pandai dengan menerangkan flow pilihanraya kampus.Atau kebaikan yang kita dapat dari berpolitik atau apa2 sahaja yg membuka minda pelajar. Ini tidak. Sikap seperti ini sama je dgn org yang nk berpolitik tapi x faham apa itu politik. Kenyataan ini aku terima juga sewaktu MHS 07/ 08. Sama! Ini baru satu kolej. Bagaimana dengan kolej2 yang lain?
(Mmg x de modal lain la.. tak faham aku.)

Dan ada lagi satu kes di sebuah kolej yang terkenal di UM. Kes ni lanjutan dari tahun lepas. Aku terlibat dengan kejadian ni tahun lepas. Ceritanya, satu hari antara tarikh 1 hingga 7 Julai 2007, selepas selesai program di DTC kami student kolej C berjalan pulang ke kolej. Dlm perjalanan pulang tu kami akan melalui sebuah lagi kolej iaitu Kolej D. Kolej C dan D adalah musuh. Jadi ketika melalui kolej tersebut kami di suruh untuk sub-cheers (tp ktrg x buat pun). Dan yang membalas balik cheers dari pihak kolej D adalah adik2 asasi. Bukannya mahasiswa baru kolej tersebut. Oleh kerana insiden itu, Pembantu Mahasiswa (PM) di kolej kami amat marah dan membalas kembali cheers dengan kata2 yang biadap.

Berikutan peristiwa itu,disebabkan dendam yang membara terhadap adik2 asasi, pada tahun ini isu itu di bangkitkan semula. Dan PM2 yang terlibat memarahi adik2 asasi yang berjaya memasuki UM. Namun yang menyedihkan ialah mereka marah bukan pada tuannya. Org yang melakukan perbuatan tersebut hanya 1/3 sahaja yang ada. Dan tambah menyedihkan lagi PM2 memarahi mahasiswa pengajian Islam dan sains yang memang tidak terlibat dlm peristiwa tahun lepas. Hal ini menampakkan mereka sengaja mereka2 cipta isu atau kes untuk membuat mahasiswa lain memandang serong pada fakulti yang terlibat Ya.. sentimen ini adalah sentimen lama. Aku tak tahu apa matlamat mereka kali ni tapi pada pandangan aku sendiri mereka sengaja mengada2kan cerita supaya mahasiswa baru mempunyai view yang negatif pada sesetengah individu dan seperti biasa mereka ingin pancing undi awal2.

Namun ada beberapa perkara yang telah diperbaiki oleh pihak pentadbiran dan aku rasa perkara ni patut diucapkan ribuan terima kasih. Antaranya ialah supp cheers atau pertandingan lawan sorakan telah pun dimansuhkan. Dan pengisian dalam MHS telah di tambah dengan memperbanyakkan pendedahan berkaitan pendaftaran kursus. Juga harus di banggakan ialah kerohanian pelajar di jaga. Seperti waktu solat mereka di jaga. Seandainya banyak lagi program2 yang bermanfaat diadakan sepanjang MHS ini, aku yakin dan pasti tiada kegusaran pun yang berlaku di kalangan mahasiswa pencinta ilmu. Tiada niat aku nk cakap dorg ni x cintakan ilmu. Tp cara mereka tu yang membuatkan org memandang rendah pada mahasiswa. Dan kita semua tau hiburan x dihalang dlm islam Cuma cara kita berhibur tu yang kadang2 membuatkan hiburan tu melalaikan dan tak berfaedah.


Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mengetahui kehendak org bawahan bukan menjadikan org bawahan mengikut segala kehendak kita. Fikirlah wahai semua.

*Segala fakta dlm karangan ni adalah berasas dan merupakan aduan dari mahasiswa sendiri.

~berbicaralah atas dasar ilmu bukan nafsu~

Read more...

Harun Yahya di penjara 3 tahun???

>> Monday, June 9, 2008

By Thomas Grove

ISTANBUL (Reuters) - Controversial Turkish Islamic author Adnan Oktar was sentenced to three years in prison on Friday for creating an illegal organization for personal gain, state-run Anatolian news agency said.

A spokeswoman for his Science Research Foundation (BAV) confirmed to Reuters that Oktar had been sentenced but said the judge was influenced by political and religious pressure groups.

Oktar had been tried with 17 other defendants in an Istanbul court. The verdict and sentence came after a previous trial that began in 2000 after Oktar, along with 50 members of his foundation, was arrested in 1999.

In that court case, Oktar had been charged with using threats for personal benefit and creating an organization with the intent to commit a crime. The charges were dropped but another court picked them up resulting in the latest case.

Oktar planned to appeal the sentence, a BAV spokeswoman said. No further details were immediately available.

Oktar, born in 1956, is the driving force behind a richly funded movement based in Turkey that champions creationism, the belief that God literally created the world in six days as told in the Bible and the Koran.

Istanbul-based Oktar, who writes under the pen name Harun Yahya, has created waves in the past few years by sending out thousands of unsolicited texts advocating Islamic creationism to schools in several European countries.

continue...click
http://www.reuters.com/article/artsNews/idUSL0992091620080509

Read more...

Hujah Ust Akhil Hayy utk jiwa yg Confuse

Best gile hujah ust akhil hayy utk pertanyaan budak2 yg meragui kewujudan Allah… Aku tukar2 laa channel td.. sekali tiba2 tertarik lak nk dengar ust akhil sembang dalam café akhil hay channel 106 Oasis…sekali ada laa 2 org mamat ni…sorg tu amin..sorg tu ape tah nama dia…tp dia la yg keliru tu.. dia Tanya 3 soalan kat ust..

1. Apa bukti Allah tu wujud

2. Knp nk percaya dgn takdir

3. Kalau syaitan tu dibuat dari api kenapa nnt dia akn di cmpakkan jugak ke neraka? Kan api dgn api x sakit.


Pastu simple je ust akhil jawab.. best gile… Dia suruh amin tu tamper si budak tu…

Then ust ckp..

>Ok skrg ni ko rasa sakit tak??

~Sakitlaa ust!

>Yeke sakit? Aku tak nmpk pun sakit tu...hmm memang ko rasa sakit.tp aku tak nmpk pun apa yg ko rasa.. Mcm tu jugak dgn Allah.. kita tak nmpk Allah tu tapi kita rasa kewujudan Dia...

Kedua ko ada terpikir ke hari ni ko akan kena tampar dgn amin? Takde kan? Cm tu la Takdir..Allah tak jahr kan takdir hambanya...sbbnya dia boleh ubah takdir dia tu..cthnya mmg takdir ko akn ditampar oleh amin. Tapi ko boleh ubah dgn elak ke..

Dan yg ke3 masa ko kena tampar tu ko rs sakit kan. Tangan tu dibuat dari apa? Tangan tu apa?kulit kan?pipi ko tu apa?kulit kan?? Jadi perkara tu semua kuasa Allah...mmg la api dgn api x rasa sakit tp tu prinsip kita sendiri...kuasa Tuhan??kita x tau...tp kita kena yakin dgn segala apa yg Allah dah buat tu adalah yg terbaik....

Hmm...masa aku dgr tu...mmg meremang la jugak jawapan ust... Bgs laa dia... berdakwah dgn drama pulak skrg ni..artis2 yang seksi2 tu sanggup lak tu nk berlakon dgn dia.. antaranya noni af5...pada aku mmg la dia pakai tudung sbb nk berlakon dgn ust akil...n nmpk mcm hipokrit...tp kerelaan dia utk bg pengajaran tu...lagi hebat aku rs...apa2 pun cayalah ust!!!!!

Read more...

Come Back!!!

huhu...lama dah rasanya x menulis kat blog ni... bukan apa..cari idea yg tak datang2... hehe.. apa2 pun tula...kehidupan makin hari makin berbeza dan berubah2..ada je yg berubah... naik berat badan la... makin gelap la... cerita makin mengarut2... malaysia makin menjadi2...hmm xtau laa nk ckp pe dah... kehidupan ni betul2 singkat utk kita kesali segala perkara yg dah jadi... so terima la dengan hati yg terbuka.... Hoho... ape sebenarnya aku nk cakap kat sini?? hehe... hmm aku teringat lak kat 'seseorg' yg ckp... kalau xde ilmu...kita x leh nk cerita byk2... sbb

peluasan skop tu x de... hmmm mmg betul pon.. oh ye...tentang Malaysia ni kan skrg ni tgh sebok2 dgn isu naik harga minyak.. aku antara manusia2 yg terperangkap dlm jam sbb nk isik minyak...panjang giler laaa..... masa tu aku baru je balik dari tgk wayang tau...(hehe kantoi...) pastu tetiba aku dpt msg dari auntie aku..dia suh isik minyak full tank b4 kul 12..sbb nnt naik 78sen... pastu aku pun ikut la jalan kampung utk elak jam...rupanyaaa....jalan tu..lagi sesak yg amat... gile la! terpaksa laa jugak....pastu ada la sorg pakcik ni... dia stop kat tepi jalan...dia jalan kaki je..aku ingt dia nk isik dalam tong ke apa...rupanya dia bukan nk isi minyak...nk solat magrib...hehe..kesian org2 kampung...tak pasal2 je ada jam kat situ...hmm...dan dah 5 hari isu ni
tp kat malaysia ni masih tak reda2 lagi...paklah mesti tgh pening kepala...hehe...


aku x tau laa kalau pandangan aku ni x betul ke apa....tp kita warga malaysia kena laa terima dah kenaikan tu.... bukan apa..ni ikut dari pemikiran aku yg tak de laa ilmu byk sgt...aku berpendapat bahawa tindakan kerajaan tu sebenarnya utk kita jugak supaya subsidi yg dah disediakan oleh kerajaan skrg ni x de laa dapat kat warga asing...dia buat tu utk duit kerajaan jugak..sekaligus utk kita jugak rakyat malaysia....(haha giler punye sangka baik) tp kan...kerajaan mmg kena buat pensturkturan semula pasal subsidi tu... by hook n by crook... kena buat jugak supaya kalaulah paklah nk jawatan dia tu tahan lama...dia kena jugak ikut kehendak rakyat... kalo x alamatnya dlm 2 3 bulan lagi laaa dia pegang jawatan PM...ceh!mcm nujum lak nk tilik2...

hmm lagi pendapat aku..(aku dapat masa balik dari KL ke KP) kan harga barang2 asasi mcm beras tu dah naik kan..aku pikir dah sampai kot masanya zaman kita ni nk berubah dari segi kenaikan harga... mcm cthnya dulu mak2 kita masa pg sekolah belanja seposen je...time kita dah 2 ringgit...hmm mungkin zaman anak2 kita nnt dah 5 rggt...n 5 rggt tu macam seringit zaman kita... paham x?? maksud aku...nilai 5 rggit tu akn jadi seringgit zaman kita... yela...dunia kan aku ckp td mkin berubah2.. makin byk kemajuan... org pulak makin nk kaya.. so maybe la... dah mula dah zaman kita ni rs mcm apa yg mak2 kita rasa dulu...(hmmm cmne laa mama aku rasa ms dia bg aku 2 ringgit nk pg sekolah dulukan..mesti dia terkenang2 zaman dia 20 sen je...) so kita kena dah terima hakikat tu.. maybe kalau sebelum ni kita isik minyak 10 rggt tu dah ok laa...cukup2 makan..skrg ni... 15 rggt pulak cukup2 makan... nnt dah lama2..kita akan lali..n rs nilai 15 tu mcm 10 je...=)

tu sume pandangan aku utk sedapkan hati je...apa2pun kena ada fact n figure juak...nk ckp perkara2 ni....okehla.

Read more...