Showing posts with label nahdhoh. Show all posts
Showing posts with label nahdhoh. Show all posts

Gelombang Oren pulak....

>> Thursday, August 14, 2008


Macam2 betul la dunia kampus ni kan..hari ni..di UM sendiri gelombang oren mula berombak2 menunjukkan keganasannya..lebih kurang pukul 12.30 tghari mahasiswa UM (Pro-M) berkumpul bersebelahan Main Lib utk majlis perlancaran Speaker Corner Pro-M.. Lebih kurang 100 orang mahasiswa dan mahasiswi bersama-sama berkumpul memeriahkan perasmian tersebut.


Antara objektif perhimpunan aman ini diadakan adalah utk sama2 menaikkan semangat Pro-M utk berhadapan dgn pilihanraya kampus. Isi- isi manifesto yg disampaikan oleh figure2 Pro-M ialah, KPT memberi peluang kepada mahasiswa bersuara tanpa di sekat dan melibatkan diri di permatang pauh. Selain itu, ada yg mengaitkan dengan isu mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi besar- besaran tanpa halangan dari pihak pentadbiran kampus dan pentadbiran UM juga harus memberi perlepasan utk mahasiswa UM mengadakan demonstrasi tanpa halangan.

Turut hadir beberapa wakil Pro-M dari UIAM dan wartawan dari beberapa akhbar malaysia..



dan gmbr bawah ni, aku tak tau laa dia ni sape kan..tp kejenye ambik gmbr sorang2 yg hadir kat perasmian td..tension gile..



berikut adalah gmbr2 di sekitar perasmian speaker corner Pro-M






aku seru kepada kawan2 semua supaya buatlah pilihan yg tepat. masa depan kampus ditangan kita.. dan kepada semua sama2 kita hangatkan hari Pro-M..every thursday jom sama2 meriahkan gelombang Pro-M dengan memakai baju oren...HIDUP- HIDUP!!MAHASISWA!!

Read more...

Suara Bebas Mahasiswa?

>> Monday, July 14, 2008


Sebentar tadi baru berlangsung program anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, yang bertempat di Dewan Kuliah A. Program berbentuk syarahan yang bertajuk "Membina Generasi Mahasiswa Era Globalisasi disampaikan oleh Prof. Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa.

Beberapa perkara yang menarik utk dikongsi bersama ialah huraian Prof Sidek berkenaan globalisasi. Beliau menyatakan pandangan beliau bahawa masyarakat zaman sekarang meletakkan barat sebagai kayu ukur untuk di ikuti. Oleh sebab itu budaya sendiri hilang dari masyarakat kita. Hal inilah yang menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa di kalangan masyarakat melayu. Katanya juga, globalisasi merupakan satu bentuk penjajahan baru dari segi ICT, media, perdagangan antarabangsa dan lain- lain. Kita bukan menentang barat kerana mereka orang barat tetapi kita tentang agenda mereka.

Beliau juga mengkaitkan masalah globalisasi ini dengan mahasiswa. Terdapat beberapa cabaran yang perlu di hadapi oleh mahasiswa masa kini. Bagaimana mahasiswa seharusnya tampil kehadapan memberi idea dan sumbangan kepada masyarakat dan mengapa adanya perbezaan mahasiswa dahulu dengan mahasiswa sekarang dari segi keaktifan mereka dalam berpersatuan. Beliau menyarankan supaya mahasiswa menganjurkan aktivi- aktivi seperti latihan kepimpinan, program yang berunsur intelektual dan lain- lain supaya minda mahasiswa lebih matang dalam menghadapi cabaran akan datang.

Saranan beliau juga kepada mahasiswa ialah menyertai sesuatu organinsasi dan merasai pengalaman memimpin kerana mahasiswalah pencorak pemerintahan masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang hanya pandai dalam pelajaran tetapi tidak ada kemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan. Sikap 'exam oriented' seharusnya di hapuskan dalam diri mahasiswa kerana kita menuntut ilmu bukan hanya kerana ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang tetapi juga modal insan yang dinamik dlm segala aspek.

Pada sesi soal jawab, saya sempat bertanya pendapat Prof Sidek berkenaan isu kelesuan di kalangan mahasiswa. Adakah ianya berpunca dari kekangan- kekangan dari pihak pentadbiran atau halangan dari akta- akta yang di reka untuk menjatuhkan semangat kebangkitan mahasiswa? Seperti yang kita sedia maklum tindakan berani Saudara Azlan Zainal,mahasiswa Universiti Malaya menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) mendapat kecaman hebat dari pihak pentadbiran malah beliau juga mendapat surat amaran dari pihak universiti. Bukankah sepatutnya kita lihat, saudara ini sebagai anak muda yang berjiwa besar dan bersedia untuk memimpin masyarakat? Tetapi oleh kerana sogokan dan ancaman yang diberikan segelintir mahasiswa yang baru berjinak- jinak dalam dunia kepimpinan takut untuk melakukan sesuatu yang baru justeru menyebabkan kelesuan menghantui jiwa anak muda.

Dan pandangan ini di setujui oleh Prof. Sidek malah beliau juga menyatakan bahawa mahasiswa seharusnya diberi kebebasan untuk bersuara. generasi Mahasiswa lah yang akan menjadi peneraju kepimpinan. Dan kekangan yang dihadapi seharusnya dijadikan cabaran supaya kita lebih kreatif dalam menangani sesuatu kekangan.

Oleh itu, diharap kepada semua mahasiswa supaya kita sama- sama mengorak langkah ke hadapan. Bersama- sama membina mentaliti kelas pertama agar generasi baru kepimpinan yang ideal dapat diwujudkan untuk kesejahteraan negara.

Read more...

Apabila mahasiswa ke arena politik~

>> Wednesday, January 30, 2008


Hmm masa mula2 umum Parti mahasiswa negara tu....rs mcm tak terkejut..(sbb dah tau hehe)...hmm tp bukan sbb dah tau ke tak...tak terkejut tu sbb mcm tu laaa betul tindakan mahasiswa...berani cuba sesuatu yg baru!cayalah ust alan(presiden PMN)!!!!org n9 mmg power2...hihi...biar ada perkembangan sikit dlm pilihanraya thn ni...mana tau mahasiswa pulak ke yg jadi PM..hehe kita kan inovatif,kreatif,kritis,aktif...dll sapa yg ajar???kerajaan la...so skrg ni bila kami betul2 dah ikut seruan tu...kementerian pendidikan x setuju pulak...ape kes??? dulu iye2 nk ktrg ni jadi gemilang cemerlang terbilang...hehe... semoga pembaharuan ni adalah permulaan kpd kebangkitan Islam~ ameen....

Read more...