~Syahdu~

>> Friday, August 8, 2008

Tadi tgk2 la blog org lain..sekali termasuk laaa blog senior kisas dulu...huhu dah kawin dah rupanya...alhamdulillah...bangga gak la..ngee..tp yg buat aku syahdu ialah ayat2 dlm blog tu ditujukan khas utk husband dia...haha tak tahan sungguh.. mesti laaaaa bangga gile suami dia dapat isteri cmtu..bgs laa cmtukan..doakan yg terbaik utk suami dia la..bila nak balik la...dan lain2 lagi yg malu utk aku ckp lebih2...haha!

tiba2 je hatiku menjadi syahdu...akan ku alamikah perasaan senior ku tadi??bila? dengan jejaka impianku kah?? haha!! dah mengarut! (ape lak mengarutkan..betulla..insyaAllah....ameen....ngee)

hmm ok la...ni cerita kedua yg syahdu jugak laa..td kuar nyoping ngn Shima n Mar..di gerai FESKUM UM. setelah sekian lama x kuar sesama...haha n yg paling menghiburkan hati yg penat dgn keja2 UNI minggu ni... akhirnya kami dapat bertemu jua...nilai shbt tu lagi bermakna dari segala2nya...ktrg masuk umah hantu yg tak takut langsung...(siap belagak lg ngn hantu tu ktrg tak takut..ngee) pastu makan kerang bakar...n char kuew tiow..mmg happening giler aa td..(hmm diary lagi)...haha...so pe masalahnye kan...my blog..suka hati laa nk tulis apa..hehe...

so moral of the story

1. cepat2 kawin--->kalau nk rs kesyahduan tadi

2. jagalah sahabat n hargai masa2 bersama...



Read more...

Hari Bahagia yg Mendukakan~

>> Thursday, August 7, 2008





Hari ni 7/8/2008 hari yg paling bermakna dalam family ku.... hmm yelah...x disangka org yg sama-sama nakal n culas nk pegi ngaji akhirnya berjaya jugak membawa segenggam ijazah sarjana muda al-quran dan al-hadith.. UM... aku sebagai adiknya, yg selalu buli dia masa kecik (ngeee...) bangga laaa dengan kejayaan ALONG yang disayangi... walaupun malam td tak dapat nak sama2 raikan kat umah makngah...tp hari ni kelas 4 jam aku ponteng sebab nk sambut along...huhu.. Lepas MAMA org yg paling gembira aku rasa...aku laa kot...haha...adik aku akim x tau laaa gembira ke tak..sbb dia tu pemalas nk belajar!!!! (--->>padan muke kakak kutuk akim!!!pemalas!!)


tp yg menyedihkan hati aku hari ni...



along tak berapa sihat..dlm DTC tadi dia muntah2.. satu family risau...aku td buat2 laa tak risau konon2 poyo laa macho...tp tiba2 hati ni goyah jugak bila doktor sahkan along denggi...dan perlu bersegera masuk wad...
hmm x dapat nak gmbr kan cm ne laa perasaan ni...hanya Allah je yg tau...
so kegembiraan nak sambut ramai2 tu pudar dan hilang sbb risaukan keadaannya...


to my beloved bro...awi harap along cepat2 sembuh...kitaorang sume akn doakan along ok??? apa2 pun tahniah sbb jadi abang yg berjaya bg semangat kat awi n akim!!!




(hmm tak jadi nak bg hadiah hari jadi dia 3/8/08 masa dia kuar dewan tadi...dah dia pun pening2 tgk manusia...) =(

berikut adalah gmbr2 di hari konvo along...










Read more...

STUCK IN MY HEART

>> Monday, July 28, 2008

NAK MENGARUT JUGAK...X KIRA~ eeewww.....~



Can't you tell
you've been all over me like a spell - I know
( I never wanna let you go)

Can't you see
you've been changing the world around me - I know
( I never wanna let you go)

If you hold me close enough
I can whisper you the words
If the distance is to far
I can't do nothing, cuz

You are stuck in my heart
and we can go anywhere
whatever the reason you are
so stuck in my heart
like counting a million stars
for that many reasons you are


Can't deny
since I met you that day I've been blind - to see
( Now I wanna know for real)

Inside me
I'm afraid to wake up from a dream - and see
( It never really happent to me)

If you hold me close enough
I can whisper you the words
If the distance is to far
I can't do nothing, cuz

You are stuck in my heart
and we can go anywhere
whatever the reason you are
so stuck in my heart
like counting a million stars
for that many reasons you are

You are......like a dream so deep inside of me

You are......the reason that I never sleep

You are......stuck in my heart

You are

Can't you tell
you've been all over me like a spell
(I will never let you go, I will never let you go no, no)

Can't you see
you've been changing the world around me
(I don't wanna let you go, no I'll never let you go no, no)

You are stuck in my heart
and we can go anywhere
whatever the reason you are
so stuck in my heart
like counting a million stars
for that many reasons you are

Read more...

Apa itu kawan?

~SPECIAL FOR YOU~




Kata mama, sahabat tu ibarat lesung dan alunya. Tanpa salah satu darinya maka x boleh la kedua- duanya berfingsi. Dan jika hilang alu ataupun lesung tak ada apa yang boleh dibuat lagi.. Hmm begitu hebat tafsiran seorang ibu terhadap nilai seorang sahabat.

Kalau tak ada pergaduhan, perselisihan faham, persahabatan itu belum benar- benar kukuh untuk di uji. Ia juga merupakan mekanisme mematangkan diri.

Hargailah sahabat kita selagi mereka masih ada. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang sahabat yg betul2 bermakna. Maksudnya bila kita tak ada, kehilangan kita tu di rasai.

Untuk sabahat2 yang di kasihi teruskanlah apa yang kita perjuangkan selagi nyawa masih berbaki, selagi nafas tidak berhenti...



Make it R.E.A.L!!!

Read more...

TERIMA KASIH DATUK SERI MOHAMED KHALID NORDIN

>> Sunday, July 27, 2008

Hari ini ( 27 Julai 2008) gempar satu Malaysia khususnya bagi warga universiti berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamed Khaled Nordin bahawa “ Pemimpin parti politik boleh masuk IPTA”. Pemimpin bagaimanakah sebenarnya yang di maksudkan oleh Menteri Pengajian Tinggi kita ini?



Beliau menyatakan bahawa tidak kira pemimpin dari mana- mana parti sekalipun dibenarkan masuk dan memberi ceramah kepada mahasiswa universiti tetapi tetap bersyarat iaitu tiada agenda politik dalam penyampaian. Beliau juga menjelaskan tentang keadilan kepada mahasiswa bahawa tidak ada maknanya sekiranya pihak universiti menjemput salah satu pihak sahaja.


Jika inilah keputusan yang tetap dan tidak tersembunyi apa- apa agenda lain dibelakang kenyataan itu, perkara ini merupakan satu kemenangan besar kepada mahasiswa. Dengan rombakan yang dibuat, suara- suara mahasiswa yang idealistic akan bergegar- gegar bukan sahaja di negara kita bahkan mampu memecahkan tembok dunia. Kita tidak lagi dikongkong dengan peraturan- peraturan yang melembabkan pergerakan mahasiswa, peraturan- peraturan yang menjadikan mahasiswa jumud, rigid dan ketinggalan, perlembagaan yang menjadikan mahasiswa kurang kesedaran politik justeru melenyapkan bakat kepimpinan yang ada. Saya juga yakin dan percaya demonstrasi- demonstrasi jalanan yang berkaitan dengan ketelusan kerajaan akan hilang ibarat abu diterbangkan angin.

Mungkinkah dengan rombakan ini, kita akan kehadapan? Mempunyai wakil yang akan bersama- sama di Parlimen mendengar dan mengulas isu- isu negara, mungkin? Atau Parti Mahasiswa Negara (PMN) akan menjadi satu parti yang legal dalam masyarakat seiring dengan UMNO, PAS, dan PKR? Mungkinkah juga berjiwa besar memimpin mahasiswa akan wujud dalam diri kita? Juga mahasiswa yang hanya tahu ke taman bunga, berdua- duaan dengan pasangan akan tersedar dari mimpi ngeri dan memulakan hidup baru dengan majlis- majlis ilmu? Mungkinkah ini semua?



Sekiranya inilah yang berlaku, hanya ucapan ribuan terima kasih yang mampu dilafazkan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled atas keprihatinan dan kerjasama Datuk Seri kepada kami mahasiswa- mahasiswa yang dahagakan ilmu, ketelusan, keadilan dan semangat kepimpinan. Semoga keputusan yang Datuk Seri putuskan ini menjadi pencetus kepada kepimpinan baru yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor
Mahasiswi Tahun ke- 2
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya
Jabatan Sains Gunaan dgn Pengajian Islam.

http://rabiatuladawiah.blospot.com

Read more...

Can't wait for this nite!!

>> Tuesday, July 15, 2008


Malam ini tepat jam 9 malam semua rakyat Malaysia akan melekat di ruang tamu masing- masing. Tv9 dan Astro Awani akan menyiarkan secara langsung debat antara dua tokoh negara Penasihat PKR- Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan- Ahmad Shabery Chik. Perdebatan ini berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tajuk perdebatan: Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak


Debat ini merupakan salah satu mekanisme mengembalikan kembali sistem demokrasi yang telah lama terkubur secara praktikalnya. Debat ini dijangkakan akan mengundang satu paradigma baru untuk politik Malaysia yang semakin gersang nilainya.

Tuntasnya, diharap kepada semua terutamanya mahasiswa supaya mengambil peluang ini untuk mengembangkan minda yang semakin sempit dengan ideologi2 politik masing- masing.

Berfikir dengan ilmu, jangan berfikir dengan emosi.

Read more...

MAHASISWA UM BERPESTA???

>> Monday, July 14, 2008


Mulai semalam, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya telah mula berpesta dengan buku- buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ekspo buku akan di berlangsung bermula 14- 25 Julai 2008 yang bertempat di perkarangan kereta Kompleks Perdana Siswa (KPS). Masa ekspo bermula dari jam 9.30 pagi - 5.00 petang, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.


Sepanjang 2 hari ekspo ini di jalankan, tapak ekspo sesak dengan limpahan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya yang dahagakan ilmu. Seawal jam 9.00 pagi lagi mereka telahpun menunggu pintu ekspo dibuka. Pelbagai kelas buku yang di jual dalam ekspo kali ini antaranya buku-buku keagamaan, pendidikan, sastera, sains politik,pengurusan, kesihatan dan pelbagai lagi yang menarik. Harga yang ditawarkan sangat- sangat berpatutan. Diskaun bermula dari 20% sehingga 80%.
Bayangkan, untuk membeli top- up kita sanggup menghabiskan RM 30 tetapi diekspo buku ini dengan harga RM 30 kita boleh memperolehi sebanyak 4 atau 5 buah buku. Nah! Ini satu peluang utk kita sama- sama menimba ilmu pengetahuan.


Ekspo ini sangat bermanfaat kepada warga Universiti Malaya. Bukan sahaja mahasiswa yang berbondong- bondong ke ekspo buku malah pensyarah- pensyarah, kakitangan- kakitangan dan semua warga UM bersama- sama menjayakan ekspo buku ini.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga Malaysia terutamanya golongan mahasiswa supaya dapat hadir ke ekspo buku ini selagi masa masih ada. Bersama- sama kita jayakan aspirasi Malaysia yang ingin melahirkan modal insan yang berguna- Gemilang, Cemerlang, Terbilang.

Read more...