STUCK IN MY HEART

>> Monday, July 28, 2008

NAK MENGARUT JUGAK...X KIRA~ eeewww.....~



Can't you tell
you've been all over me like a spell - I know
( I never wanna let you go)

Can't you see
you've been changing the world around me - I know
( I never wanna let you go)

If you hold me close enough
I can whisper you the words
If the distance is to far
I can't do nothing, cuz

You are stuck in my heart
and we can go anywhere
whatever the reason you are
so stuck in my heart
like counting a million stars
for that many reasons you are


Can't deny
since I met you that day I've been blind - to see
( Now I wanna know for real)

Inside me
I'm afraid to wake up from a dream - and see
( It never really happent to me)

If you hold me close enough
I can whisper you the words
If the distance is to far
I can't do nothing, cuz

You are stuck in my heart
and we can go anywhere
whatever the reason you are
so stuck in my heart
like counting a million stars
for that many reasons you are

You are......like a dream so deep inside of me

You are......the reason that I never sleep

You are......stuck in my heart

You are

Can't you tell
you've been all over me like a spell
(I will never let you go, I will never let you go no, no)

Can't you see
you've been changing the world around me
(I don't wanna let you go, no I'll never let you go no, no)

You are stuck in my heart
and we can go anywhere
whatever the reason you are
so stuck in my heart
like counting a million stars
for that many reasons you are

Read more...

Apa itu kawan?

~SPECIAL FOR YOU~




Kata mama, sahabat tu ibarat lesung dan alunya. Tanpa salah satu darinya maka x boleh la kedua- duanya berfingsi. Dan jika hilang alu ataupun lesung tak ada apa yang boleh dibuat lagi.. Hmm begitu hebat tafsiran seorang ibu terhadap nilai seorang sahabat.

Kalau tak ada pergaduhan, perselisihan faham, persahabatan itu belum benar- benar kukuh untuk di uji. Ia juga merupakan mekanisme mematangkan diri.

Hargailah sahabat kita selagi mereka masih ada. Tunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang sahabat yg betul2 bermakna. Maksudnya bila kita tak ada, kehilangan kita tu di rasai.

Untuk sabahat2 yang di kasihi teruskanlah apa yang kita perjuangkan selagi nyawa masih berbaki, selagi nafas tidak berhenti...



Make it R.E.A.L!!!

Read more...

TERIMA KASIH DATUK SERI MOHAMED KHALID NORDIN

>> Sunday, July 27, 2008

Hari ini ( 27 Julai 2008) gempar satu Malaysia khususnya bagi warga universiti berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Muhamed Khaled Nordin bahawa “ Pemimpin parti politik boleh masuk IPTA”. Pemimpin bagaimanakah sebenarnya yang di maksudkan oleh Menteri Pengajian Tinggi kita ini?



Beliau menyatakan bahawa tidak kira pemimpin dari mana- mana parti sekalipun dibenarkan masuk dan memberi ceramah kepada mahasiswa universiti tetapi tetap bersyarat iaitu tiada agenda politik dalam penyampaian. Beliau juga menjelaskan tentang keadilan kepada mahasiswa bahawa tidak ada maknanya sekiranya pihak universiti menjemput salah satu pihak sahaja.


Jika inilah keputusan yang tetap dan tidak tersembunyi apa- apa agenda lain dibelakang kenyataan itu, perkara ini merupakan satu kemenangan besar kepada mahasiswa. Dengan rombakan yang dibuat, suara- suara mahasiswa yang idealistic akan bergegar- gegar bukan sahaja di negara kita bahkan mampu memecahkan tembok dunia. Kita tidak lagi dikongkong dengan peraturan- peraturan yang melembabkan pergerakan mahasiswa, peraturan- peraturan yang menjadikan mahasiswa jumud, rigid dan ketinggalan, perlembagaan yang menjadikan mahasiswa kurang kesedaran politik justeru melenyapkan bakat kepimpinan yang ada. Saya juga yakin dan percaya demonstrasi- demonstrasi jalanan yang berkaitan dengan ketelusan kerajaan akan hilang ibarat abu diterbangkan angin.

Mungkinkah dengan rombakan ini, kita akan kehadapan? Mempunyai wakil yang akan bersama- sama di Parlimen mendengar dan mengulas isu- isu negara, mungkin? Atau Parti Mahasiswa Negara (PMN) akan menjadi satu parti yang legal dalam masyarakat seiring dengan UMNO, PAS, dan PKR? Mungkinkah juga berjiwa besar memimpin mahasiswa akan wujud dalam diri kita? Juga mahasiswa yang hanya tahu ke taman bunga, berdua- duaan dengan pasangan akan tersedar dari mimpi ngeri dan memulakan hidup baru dengan majlis- majlis ilmu? Mungkinkah ini semua?



Sekiranya inilah yang berlaku, hanya ucapan ribuan terima kasih yang mampu dilafazkan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled atas keprihatinan dan kerjasama Datuk Seri kepada kami mahasiswa- mahasiswa yang dahagakan ilmu, ketelusan, keadilan dan semangat kepimpinan. Semoga keputusan yang Datuk Seri putuskan ini menjadi pencetus kepada kepimpinan baru yang akan menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.

Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor
Mahasiswi Tahun ke- 2
Akademi Pengajian Islam Uni. Malaya
Jabatan Sains Gunaan dgn Pengajian Islam.

http://rabiatuladawiah.blospot.com

Read more...

Can't wait for this nite!!

>> Tuesday, July 15, 2008


Malam ini tepat jam 9 malam semua rakyat Malaysia akan melekat di ruang tamu masing- masing. Tv9 dan Astro Awani akan menyiarkan secara langsung debat antara dua tokoh negara Penasihat PKR- Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan- Ahmad Shabery Chik. Perdebatan ini berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tajuk perdebatan: Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak


Debat ini merupakan salah satu mekanisme mengembalikan kembali sistem demokrasi yang telah lama terkubur secara praktikalnya. Debat ini dijangkakan akan mengundang satu paradigma baru untuk politik Malaysia yang semakin gersang nilainya.

Tuntasnya, diharap kepada semua terutamanya mahasiswa supaya mengambil peluang ini untuk mengembangkan minda yang semakin sempit dengan ideologi2 politik masing- masing.

Berfikir dengan ilmu, jangan berfikir dengan emosi.

Read more...

MAHASISWA UM BERPESTA???

>> Monday, July 14, 2008


Mulai semalam, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya telah mula berpesta dengan buku- buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Ekspo buku akan di berlangsung bermula 14- 25 Julai 2008 yang bertempat di perkarangan kereta Kompleks Perdana Siswa (KPS). Masa ekspo bermula dari jam 9.30 pagi - 5.00 petang, setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.


Sepanjang 2 hari ekspo ini di jalankan, tapak ekspo sesak dengan limpahan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya yang dahagakan ilmu. Seawal jam 9.00 pagi lagi mereka telahpun menunggu pintu ekspo dibuka. Pelbagai kelas buku yang di jual dalam ekspo kali ini antaranya buku-buku keagamaan, pendidikan, sastera, sains politik,pengurusan, kesihatan dan pelbagai lagi yang menarik. Harga yang ditawarkan sangat- sangat berpatutan. Diskaun bermula dari 20% sehingga 80%.
Bayangkan, untuk membeli top- up kita sanggup menghabiskan RM 30 tetapi diekspo buku ini dengan harga RM 30 kita boleh memperolehi sebanyak 4 atau 5 buah buku. Nah! Ini satu peluang utk kita sama- sama menimba ilmu pengetahuan.


Ekspo ini sangat bermanfaat kepada warga Universiti Malaya. Bukan sahaja mahasiswa yang berbondong- bondong ke ekspo buku malah pensyarah- pensyarah, kakitangan- kakitangan dan semua warga UM bersama- sama menjayakan ekspo buku ini.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua warga Malaysia terutamanya golongan mahasiswa supaya dapat hadir ke ekspo buku ini selagi masa masih ada. Bersama- sama kita jayakan aspirasi Malaysia yang ingin melahirkan modal insan yang berguna- Gemilang, Cemerlang, Terbilang.

Read more...

Suara Bebas Mahasiswa?


Sebentar tadi baru berlangsung program anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, yang bertempat di Dewan Kuliah A. Program berbentuk syarahan yang bertajuk "Membina Generasi Mahasiswa Era Globalisasi disampaikan oleh Prof. Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa.

Beberapa perkara yang menarik utk dikongsi bersama ialah huraian Prof Sidek berkenaan globalisasi. Beliau menyatakan pandangan beliau bahawa masyarakat zaman sekarang meletakkan barat sebagai kayu ukur untuk di ikuti. Oleh sebab itu budaya sendiri hilang dari masyarakat kita. Hal inilah yang menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa di kalangan masyarakat melayu. Katanya juga, globalisasi merupakan satu bentuk penjajahan baru dari segi ICT, media, perdagangan antarabangsa dan lain- lain. Kita bukan menentang barat kerana mereka orang barat tetapi kita tentang agenda mereka.

Beliau juga mengkaitkan masalah globalisasi ini dengan mahasiswa. Terdapat beberapa cabaran yang perlu di hadapi oleh mahasiswa masa kini. Bagaimana mahasiswa seharusnya tampil kehadapan memberi idea dan sumbangan kepada masyarakat dan mengapa adanya perbezaan mahasiswa dahulu dengan mahasiswa sekarang dari segi keaktifan mereka dalam berpersatuan. Beliau menyarankan supaya mahasiswa menganjurkan aktivi- aktivi seperti latihan kepimpinan, program yang berunsur intelektual dan lain- lain supaya minda mahasiswa lebih matang dalam menghadapi cabaran akan datang.

Saranan beliau juga kepada mahasiswa ialah menyertai sesuatu organinsasi dan merasai pengalaman memimpin kerana mahasiswalah pencorak pemerintahan masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang hanya pandai dalam pelajaran tetapi tidak ada kemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan. Sikap 'exam oriented' seharusnya di hapuskan dalam diri mahasiswa kerana kita menuntut ilmu bukan hanya kerana ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang tetapi juga modal insan yang dinamik dlm segala aspek.

Pada sesi soal jawab, saya sempat bertanya pendapat Prof Sidek berkenaan isu kelesuan di kalangan mahasiswa. Adakah ianya berpunca dari kekangan- kekangan dari pihak pentadbiran atau halangan dari akta- akta yang di reka untuk menjatuhkan semangat kebangkitan mahasiswa? Seperti yang kita sedia maklum tindakan berani Saudara Azlan Zainal,mahasiswa Universiti Malaya menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) mendapat kecaman hebat dari pihak pentadbiran malah beliau juga mendapat surat amaran dari pihak universiti. Bukankah sepatutnya kita lihat, saudara ini sebagai anak muda yang berjiwa besar dan bersedia untuk memimpin masyarakat? Tetapi oleh kerana sogokan dan ancaman yang diberikan segelintir mahasiswa yang baru berjinak- jinak dalam dunia kepimpinan takut untuk melakukan sesuatu yang baru justeru menyebabkan kelesuan menghantui jiwa anak muda.

Dan pandangan ini di setujui oleh Prof. Sidek malah beliau juga menyatakan bahawa mahasiswa seharusnya diberi kebebasan untuk bersuara. generasi Mahasiswa lah yang akan menjadi peneraju kepimpinan. Dan kekangan yang dihadapi seharusnya dijadikan cabaran supaya kita lebih kreatif dalam menangani sesuatu kekangan.

Oleh itu, diharap kepada semua mahasiswa supaya kita sama- sama mengorak langkah ke hadapan. Bersama- sama membina mentaliti kelas pertama agar generasi baru kepimpinan yang ideal dapat diwujudkan untuk kesejahteraan negara.

Read more...

Mahasiswa Bersama Masyarakat


12 Julai 2008 merupakan tarikh hitam dalam diari kehidupan penduduk- penduduk perumahan setinggan Kerinchi. Lebih dari 15 buah keluarga di kawasan perumahan ini telah kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran yang berlaku lewat tengahari semalam. Lebih kurang jam 1 petang api telahpun marak dan menjilat hampir keseluruhan kawasan tersebut. Mangsa- mangsa kebakaran ditempatkan di Stadium Hoki, Lembah Pantai berdekatan dengan pintu gerbang Universiti Malaya.

Di fahamkan oleh Pak Abu- ketua kawasan perumahan tersebut punca kebakaran tidak diketahui. Namun, rata- rata mereka mengatakan ia berpunca dari rumah kosong yang berada di belakang rumah mereka. Salah seorang dari mangsa, Puan Ramlah mengatakan ketika kejadian tiada siapapun dirumah. Beliau yang menghidapi strok terpaksa bertungkus lumus menyelamatkan diri keluar dari api yang semakin marak.


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turun ke padang untuk memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran. Bantuan yang diberikan berbentuk wang tunai dan keperluan- keperluan harian seperti beras, gula dan lain- lain keperluan asas.
Kira- kira jam 11.45 pagi, Ahli Dewan Rakyat Lembah Pantai YB Nurul Izzah tiba di perkarangan Stadium Hoki untuk melawat dan memberi semangat dan motivasi kepada mangsa. Walaupun sibuk dengan tugasnya beliau masih sempat turun ke padang untuk merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat.



Tidak ketinggalan mahasiswa dan mahasiswi dari Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) terpanggil untuk berkongsi kesedihan dan juga memberi sedikit bantuan kepada mereka. Menurut YDP PMIUM, Mohd Haafizuddin b. Abirerah ”Mahasiswa seharusnya bersama- sama masyarakat tidak kira dalam apa juga keadaan. Kita tidak hanya inginkan mahasiswa yang pandai dalam bidang pelajaran tetapi juga mampu memberikan sesuatu yang berguna bahkan lebih dari itu”



” Saya mengharapkan supaya mahasiswa- mahasiswa yang mempunyai masa lapang khususnya mahasiswa dari Universiti Malaya dapat hadir ke stadium dan bersama- sama berkongsi rasa dengan mangsa- mangsa kebakaran. Walaupun kita tidak dapat membantu dari segi kewangan tapi kita mungkin dapat bantu mereka dari segi emosi.” kata Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor, salah seorang dari mahasiswi yang menyertai lawatan ini.

Bersama- sama PMIUM, mahasiswa dari Ma’aruf Club, Universiti Islam Antarabangsa turut prihatin dan peka dengan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa. Mereka beramai- ramai menaiki motor dari Gombak ke Lembah Pantai semata- mata ingin berbakti kepada mereka.

Read more...

HaIwan pun tau erti kasih...

>> Friday, July 11, 2008

Masa aku tgk video ni kat youtube seriously aku rs terharu sgt2... x tau laa nk ckp apa... aku yakin seratus peratus laa kalau korang sume tgk video ni confirm derai- derai permata akn berguguran dari kelopak yang indah tu...hehe... korang tgk dulu..


dh tgk dah? hmm so wut do u feel?? ada yg nangis x??atau x dapat tgk? hmm ok laa yg tak dapat tgk...aku buat sikit ringkasan cerita.Ibarat aku seekor harimau bintang la... Pada suatu hari...
"wah...dapat mangsa best ni..baboon yg besar....yeahhhh!!!! serang!!!!"
leopard pun berjaya menangkap seekor baboon betina yg sedang berlegar- legar di bawah...tetapi ada sesuatu yg tidak kena...kata leopard dalam hati..
"ish..kenapa baboon ni x melawan eh? hmm xpelah..yg penting rezeki aku hari ni dpt baboon yg besar"
lepas baboon mati, leopard membawa mangsanya itu ke atas pokok utk dimakan..(kebiasaan harimau bntg akn mkn mangsanya di atas pokok utk elak dari perebutan makanan dengan hyena iaitu dubok)
Tiba- tiba...ada haiwan kecil yg keluar dari pelukan baboon tersebut... dan haiwan kecil itu ialah...

"ya Allah!!! baboon ni ada anak rupanya....maknanya...dia tak melawan td sebab dia selamatkan anak dia....baby ni baru lahir....basah lagi.....tidakkkk!! aku dah bunuh mak dia......apa yg harus aku lakukan ni??"

begitulah monolog leopard..ia segara turun pergi ke arah baby baboon tersebut..dia memegang kepala baby itu...menunjukkan yg ia bersalah membunuh ibunya...

dia segara membawa baby itu ke atas pokok supaya tidak dia ganggu oleh binatang lain.. tapi baby baboon tu takut dan merajuk...
"aku tak nk kau!kau pembunuh!!kau bunuh mak aku...aku benci kau!!jgn dekat dengan aku" kata ank baboon tersebut...ia hampir2 terjatuh dari pokok. lalu leopard turun ke bawah pokok untuk menyelamatkan anak baboon tersebut..ia bersungguh2 utk menjaga ank baboon tersebut....leopard rasa bersalah membunuh ibu baboon itu..

leapord berusaha bersungguh2 utk meyakinkan baby baboon supaya terima ia sebagai ibu baru...dan akhirnya... baby itu pergi ke leopard dan peluk leopard....

Subhanallah....haiwan pun tau erti rahmah...kenapa manusia tidak?? kenapa kita yang punya akal yg waras..x boleh berfikir tentang rahmah??ciptaan Allah tidak ada yg sia- sia.... fikir laa wahai manusia.... nk ke kita jadi lagi teruk dari haiwan??video ni mmg buat aku terkesan sgt2...sebenarnya byk lagi yg menarik..tp x dpt nk kongsikan..

dan sebenarnya...baby baboon tu akhirnya mati juga...sbb kesejukan...aku betul2 terharu dengan campakan kasih syg dari Allah kat leopard tu... subhanallah...

LIHAT DAN NILAI...

Read more...

Depression...(T.T)

Sepi..

gersang hati kian parah

hamparan suci hilang tanah

benih murni mati kehausan

tiada kedengaran keluh kesah hamba

sang musuh menari- nari riang

melihat boneka dunia

lupa pencipta

hanyut dalam lautan leka

Sesak,

kian menghimpit jiwa

ternanti- nanti sinar yg sirna

menerangi sisa keimanan....


DOWN ZONE!!!!!!!DON'T DISTURB PLEASE~~FULL OF DEPRESSION...=(

Read more...

::Dunia Bergegar::

>> Tuesday, July 8, 2008

Ingatkah kita zaman kejatuhan khilafah islamiyah yg berlaku di Turki? Tahun 1924 merupakan zaman kegelapan bagi negara Turki dan dunia Islam di mana ideology Kemalisme telah meresap masuk ke dada2 rakyat turki lantas mengubah segala system Islam kepada system Sekular. 1924 juga merupakan zaman pengkhianatan terhadap sejarah Islam dan telah menggelapkan keagungan tamadun Uthmaniyah.


Dunia telahpun maklum akan perubahan- perubahan yang telah di lakukan oleh Bapa Sekularisme, Kamal Ataturk ke atas dasar Islam antaranya ialah mengharamkan pemakaian songkok bagi muslimin dan pemakaian tudung bagi muslimat, melarang azan dalam bahasa Arab, menukar masjid Aya Sofia kepada muzium, memutuskan pertalian antara Turki dengan Negara Arab justeru menggantikan penggunaan huruf arab kepada huruf latin. Banyak lagi penyelewengan yang telah di lakukan yang menggugat sensitiviti kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh akan perintah Allah dan rasul-Nya


Namun mutakhir ini gerakan untuk meng’Islam’kan Turki giat di jalankan atas desakan fitrah kehidupan yang menginginkan hidup beragama. Perkara inilah yang ingin dibincangkan supaya kita sama- sama mendoakan Islam kembali di bumi Turki sekaligus mengusir ideology sekularisme dan menggahkan kembali kefahaman Islam di kalangan pembesar dan rakyat Turki.

Kita mungkin tidak pernah mendengar tokoh- tokoh seperti Adenan Manderes atau Suleiman Damirel. Namun tokoh- tokoh inilah yang berusaha keras untuk membangunkan Islam di Republik Turki. Kesan dari usaha mereka banyak masjid, sekolah- sekolah agama, maahad tahfiz, Pusat Tarbiyah Imam dan Khatib dan pelbagai lagi yang telah wujud sebagai mekanisme perkembangan Islam. Dan kesan dari usaha itu juga, tanggal 22 Julai 2007 di bawah pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) telah mendapat 46.6 % undi dalam pilihanraya Turki. Pencapaian ini merupakan pencapaian yang luar biasa dalam sejarah politik di Turki kerana ini bererti ½ dari rakyat turki memilih AK sebagai parti kepimpinan mereka. Nah! Ini membuktikan kemenangan Islam semakin hampir dan merupakan detik baru dalam sejarah Turki.

Hal ini telah memperlihatkan bahawa cara hidup masyarakat turki telahpun berubah dari cara hidup secular kepada cara hidup yang islamik. Tetapi, meskipun kemenangan memihak kepada parti Ak, golongan Islam masih sedikit dan perlu berhadapan dengan golongan sekular yang konservatif terhadap tradisi Kamalisme yang diwarisi sejak 1924.

KONFLIK

Akhir- akhir ini kita telah di gemparkan dengan berita tuntutan dari Ketua Pendakwa Raya Turki, Abdurrahman Yalcinkaya untuk mengharamkan parti AK. Belum pun setahun parti AK memerintah Turki, mereka telah menerima kontrovesi yang jalanan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak sekular disebabkan perasaan dendam dan iri hati terhadap parti Ak. Difahamkan bawaha Abdurrahman Yalcinkaya bukan sahaja memohon parti Ak di haramkan tetapi beliau jugak mendesak Mahkamah Perlembagaan untuk melarang 71 orang pemimpin kanan Parti AK dari berpolitik selama 5 tahun. Antaranya ialah Presiden Gul dan Perdana Menteri Erdogan. Tuntutan ini dibuat atas alas an parti AK menjalankan aktiviti antisekular seperti pemisahan antara lelaki dengan lelaki. Pepatah melayu ada menyebut “adapun peria itu kalau ditanam di atas sakar dan dibaja dengan madu lagi disiram dengan manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit jua”. Kalau memang tabiat manusia itu jahat, takkan baik juga.

Namun tindakan Ketua Pendakwa Raya ini tidak mendapat sambutan oleh rakyat Turki. Didapati sebanyak 70% rakyat menyokong parti AK dan menolak tindakan beliau. Jelas kepada kita bahawa persepsi masyarakat Turki telah berubah. Mereka menginginkan kehidupan baru yang suci dan tidak menyesatkan. Dunia semakin berubah. Kemenangan semakin hampir. Kita telah lihat betapa berani dan gahnya isteri Presiden Gul, Khayrunisa Ozyurt Gul melangkah dengan penuh yakin masuk ke istana presiden dengan memakai pakaian muslimahnya. Beliau menunjukkan ke’angkuhan’ dan kemegahan dalam memperagakan pakaian muslimahnya pada golongan sekular.

NAHDAH


Ini yang kita inginkan. Ke’angkuh’an dalam membuktikan kebenaran kepada golongan- golongan yang degil. Apa yang kita impikan sekarang adalah kemusnahan atau keruntuhan zaman ideology sekularisme. Mungkinkah akan tercatat di dalam sejarah tanggal 2008 atau 2009 dunia akan di banjiri air mata golongan yang meng’iman’i ideologi sekularisme menatap dan meratap dengan penuh syahdu keruntuhan empayar sekular di Republik Turki dengan kebangkitan Khilafah Islamiyah. Ayuh kita realisasikan impian ini!!!

51. Atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut pikiranmu". Maka mereka akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?" Katakanlah: "Yang Telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: "Kapan itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat", (surah Al-Israa'-51)

10. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Anfaal- 10)


Rujukan:

1. Turki. Negara Dua Wajah. Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam. (Dr. Abdullah Azzam

2. Dewan Masyarakat Keluaran Julai 2008.

3. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Written By,
Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor
2nd Year Student Of Uni Malaya
BA of Applied Science(Microbiology) and Islamic Studies

Read more...

Menghilang..

>> Thursday, July 3, 2008

Hmm...lama gak aku tak meng'update' blog ni..satu sebabnya aku pindah umah.Pastu sampai skrg internet tak masuk2 lagi..insyaAllah x lama lagi ok la. so sape2 yang merindui tulisan ku harap dapat bersabar..hehe nantikan kemunculan isu2 baru dari aku..buat masa skrg ni aku masih lagi belajar cara penulisan yang baik.. jadi harapnya lepas ni x dela isu yg mengarut lagi...hehe k....

Read more...

Minggu Haluan Siswa berubah Haluan



Tanggal 1 Julai 2008, genaplah setahun pembelajaranku di universiti terulung, Universiti Malaya. Pelbagai kenangan dan pengalaman yang tidak dapat di lupakan sepanjang aku belajar di sini. Ada yang gembira tidak kurang juga yang mendukacitakan.

Namun satu peristiwa yang aku satu tidak mungkin untuk aku lupakan iaitu kenangan minggu haluan siswa( MHS) pada 1- 7 Julai 2007. Bagi aku tarikh ini merupakan satu ‘nightmare’ dalam diri ini. MHS di UM induk berbeza dgn MHS di UM cawangan NIlam Puri. Byk aspek yang berbeza. Masa mengikuti MHS di UM induk aku dan sahabat2 ku sangat2 merindui suasana di Nilam Puri. Aku tidak mahu membezakan soal sosial kerana aku tahu Nilam Puri dan KL adalah 2 tempat yg berbeza suasananya. Tp yang aku ingin bandingkan adalah dari segi keintelektualan mahasiswa. Secara ringkasnya MHS yang aku dapat di KL hanya kehebatan dalam melakukan cheers, tarian poco2 dan semangat untuk berlawan antara kolej . Di mana letakkannya kehebatan mahasiswa yang selalu di canang- canangkan dalam akhbar? Tertanya- tanya juga pada diri apakah nasib adik- adik ku. Adakah mereka juga akan mengalami peristiwa yang sama, seperti yang aku lalui setahun yang lalu.


Atas desakan perasaan ingin tahu yang begitu tinggi, aku berkesempatan bertanya khabar dgn beberapa junior yang aku kenal.. dan rata2 aduan, komen dan rengetan dari mereka adalah sama. Antara yang aku terima ialah, salah seorang pengetua di kolej kediaman mendoktrin mahasiswa tentang isu Pro-M dan Aspirasi. Walaupun dia menyatakan bahawa mahasiswa ada hak memilih mana2 parti yg mereka inginkan namun ada unsur bias dalm pernyataan pengetua tersebut. Beliau mengatakan bahawa seandainya mereka mengundi Pro-M , mereka akan di buang dari kolej. Kenapa pengetua itu perlu memberikan penerangan seperti itu? Bukankah lagi wajar jika pengetua yang bergelar Doktor bersikap seperti seorang bijak pandai dengan menerangkan flow pilihanraya kampus.Atau kebaikan yang kita dapat dari berpolitik atau apa2 sahaja yg membuka minda pelajar. Ini tidak. Sikap seperti ini sama je dgn org yang nk berpolitik tapi x faham apa itu politik. Kenyataan ini aku terima juga sewaktu MHS 07/ 08. Sama! Ini baru satu kolej. Bagaimana dengan kolej2 yang lain?
(Mmg x de modal lain la.. tak faham aku.)

Dan ada lagi satu kes di sebuah kolej yang terkenal di UM. Kes ni lanjutan dari tahun lepas. Aku terlibat dengan kejadian ni tahun lepas. Ceritanya, satu hari antara tarikh 1 hingga 7 Julai 2007, selepas selesai program di DTC kami student kolej C berjalan pulang ke kolej. Dlm perjalanan pulang tu kami akan melalui sebuah lagi kolej iaitu Kolej D. Kolej C dan D adalah musuh. Jadi ketika melalui kolej tersebut kami di suruh untuk sub-cheers (tp ktrg x buat pun). Dan yang membalas balik cheers dari pihak kolej D adalah adik2 asasi. Bukannya mahasiswa baru kolej tersebut. Oleh kerana insiden itu, Pembantu Mahasiswa (PM) di kolej kami amat marah dan membalas kembali cheers dengan kata2 yang biadap.

Berikutan peristiwa itu,disebabkan dendam yang membara terhadap adik2 asasi, pada tahun ini isu itu di bangkitkan semula. Dan PM2 yang terlibat memarahi adik2 asasi yang berjaya memasuki UM. Namun yang menyedihkan ialah mereka marah bukan pada tuannya. Org yang melakukan perbuatan tersebut hanya 1/3 sahaja yang ada. Dan tambah menyedihkan lagi PM2 memarahi mahasiswa pengajian Islam dan sains yang memang tidak terlibat dlm peristiwa tahun lepas. Hal ini menampakkan mereka sengaja mereka2 cipta isu atau kes untuk membuat mahasiswa lain memandang serong pada fakulti yang terlibat Ya.. sentimen ini adalah sentimen lama. Aku tak tahu apa matlamat mereka kali ni tapi pada pandangan aku sendiri mereka sengaja mengada2kan cerita supaya mahasiswa baru mempunyai view yang negatif pada sesetengah individu dan seperti biasa mereka ingin pancing undi awal2.

Namun ada beberapa perkara yang telah diperbaiki oleh pihak pentadbiran dan aku rasa perkara ni patut diucapkan ribuan terima kasih. Antaranya ialah supp cheers atau pertandingan lawan sorakan telah pun dimansuhkan. Dan pengisian dalam MHS telah di tambah dengan memperbanyakkan pendedahan berkaitan pendaftaran kursus. Juga harus di banggakan ialah kerohanian pelajar di jaga. Seperti waktu solat mereka di jaga. Seandainya banyak lagi program2 yang bermanfaat diadakan sepanjang MHS ini, aku yakin dan pasti tiada kegusaran pun yang berlaku di kalangan mahasiswa pencinta ilmu. Tiada niat aku nk cakap dorg ni x cintakan ilmu. Tp cara mereka tu yang membuatkan org memandang rendah pada mahasiswa. Dan kita semua tau hiburan x dihalang dlm islam Cuma cara kita berhibur tu yang kadang2 membuatkan hiburan tu melalaikan dan tak berfaedah.


Pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang mengetahui kehendak org bawahan bukan menjadikan org bawahan mengikut segala kehendak kita. Fikirlah wahai semua.

*Segala fakta dlm karangan ni adalah berasas dan merupakan aduan dari mahasiswa sendiri.

~berbicaralah atas dasar ilmu bukan nafsu~

Read more...