::Dunia Bergegar::

>> Tuesday, July 8, 2008

Ingatkah kita zaman kejatuhan khilafah islamiyah yg berlaku di Turki? Tahun 1924 merupakan zaman kegelapan bagi negara Turki dan dunia Islam di mana ideology Kemalisme telah meresap masuk ke dada2 rakyat turki lantas mengubah segala system Islam kepada system Sekular. 1924 juga merupakan zaman pengkhianatan terhadap sejarah Islam dan telah menggelapkan keagungan tamadun Uthmaniyah.


Dunia telahpun maklum akan perubahan- perubahan yang telah di lakukan oleh Bapa Sekularisme, Kamal Ataturk ke atas dasar Islam antaranya ialah mengharamkan pemakaian songkok bagi muslimin dan pemakaian tudung bagi muslimat, melarang azan dalam bahasa Arab, menukar masjid Aya Sofia kepada muzium, memutuskan pertalian antara Turki dengan Negara Arab justeru menggantikan penggunaan huruf arab kepada huruf latin. Banyak lagi penyelewengan yang telah di lakukan yang menggugat sensitiviti kita sebagai umat Islam yang berpegang teguh akan perintah Allah dan rasul-Nya


Namun mutakhir ini gerakan untuk meng’Islam’kan Turki giat di jalankan atas desakan fitrah kehidupan yang menginginkan hidup beragama. Perkara inilah yang ingin dibincangkan supaya kita sama- sama mendoakan Islam kembali di bumi Turki sekaligus mengusir ideology sekularisme dan menggahkan kembali kefahaman Islam di kalangan pembesar dan rakyat Turki.

Kita mungkin tidak pernah mendengar tokoh- tokoh seperti Adenan Manderes atau Suleiman Damirel. Namun tokoh- tokoh inilah yang berusaha keras untuk membangunkan Islam di Republik Turki. Kesan dari usaha mereka banyak masjid, sekolah- sekolah agama, maahad tahfiz, Pusat Tarbiyah Imam dan Khatib dan pelbagai lagi yang telah wujud sebagai mekanisme perkembangan Islam. Dan kesan dari usaha itu juga, tanggal 22 Julai 2007 di bawah pimpinan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) telah mendapat 46.6 % undi dalam pilihanraya Turki. Pencapaian ini merupakan pencapaian yang luar biasa dalam sejarah politik di Turki kerana ini bererti ½ dari rakyat turki memilih AK sebagai parti kepimpinan mereka. Nah! Ini membuktikan kemenangan Islam semakin hampir dan merupakan detik baru dalam sejarah Turki.

Hal ini telah memperlihatkan bahawa cara hidup masyarakat turki telahpun berubah dari cara hidup secular kepada cara hidup yang islamik. Tetapi, meskipun kemenangan memihak kepada parti Ak, golongan Islam masih sedikit dan perlu berhadapan dengan golongan sekular yang konservatif terhadap tradisi Kamalisme yang diwarisi sejak 1924.

KONFLIK

Akhir- akhir ini kita telah di gemparkan dengan berita tuntutan dari Ketua Pendakwa Raya Turki, Abdurrahman Yalcinkaya untuk mengharamkan parti AK. Belum pun setahun parti AK memerintah Turki, mereka telah menerima kontrovesi yang jalanan yang sengaja ditimbulkan oleh pihak sekular disebabkan perasaan dendam dan iri hati terhadap parti Ak. Difahamkan bawaha Abdurrahman Yalcinkaya bukan sahaja memohon parti Ak di haramkan tetapi beliau jugak mendesak Mahkamah Perlembagaan untuk melarang 71 orang pemimpin kanan Parti AK dari berpolitik selama 5 tahun. Antaranya ialah Presiden Gul dan Perdana Menteri Erdogan. Tuntutan ini dibuat atas alas an parti AK menjalankan aktiviti antisekular seperti pemisahan antara lelaki dengan lelaki. Pepatah melayu ada menyebut “adapun peria itu kalau ditanam di atas sakar dan dibaja dengan madu lagi disiram dengan manisan serta diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit jua”. Kalau memang tabiat manusia itu jahat, takkan baik juga.

Namun tindakan Ketua Pendakwa Raya ini tidak mendapat sambutan oleh rakyat Turki. Didapati sebanyak 70% rakyat menyokong parti AK dan menolak tindakan beliau. Jelas kepada kita bahawa persepsi masyarakat Turki telah berubah. Mereka menginginkan kehidupan baru yang suci dan tidak menyesatkan. Dunia semakin berubah. Kemenangan semakin hampir. Kita telah lihat betapa berani dan gahnya isteri Presiden Gul, Khayrunisa Ozyurt Gul melangkah dengan penuh yakin masuk ke istana presiden dengan memakai pakaian muslimahnya. Beliau menunjukkan ke’angkuhan’ dan kemegahan dalam memperagakan pakaian muslimahnya pada golongan sekular.

NAHDAH


Ini yang kita inginkan. Ke’angkuh’an dalam membuktikan kebenaran kepada golongan- golongan yang degil. Apa yang kita impikan sekarang adalah kemusnahan atau keruntuhan zaman ideology sekularisme. Mungkinkah akan tercatat di dalam sejarah tanggal 2008 atau 2009 dunia akan di banjiri air mata golongan yang meng’iman’i ideologi sekularisme menatap dan meratap dengan penuh syahdu keruntuhan empayar sekular di Republik Turki dengan kebangkitan Khilafah Islamiyah. Ayuh kita realisasikan impian ini!!!

51. Atau suatu makhluk dari makhluk yang tidak mungkin (hidup) menurut pikiranmu". Maka mereka akan bertanya: "Siapa yang akan menghidupkan kami kembali?" Katakanlah: "Yang Telah menciptakan kamu pada kali yang pertama". lalu mereka akan menggeleng-gelengkan kepala mereka kepadamu dan berkata: "Kapan itu (akan terjadi)?" Katakanlah: "Mudah-mudahan waktu berbangkit itu dekat", (surah Al-Israa'-51)

10. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai kabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram karenanya. dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Surah Al-Anfaal- 10)


Rujukan:

1. Turki. Negara Dua Wajah. Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam. (Dr. Abdullah Azzam

2. Dewan Masyarakat Keluaran Julai 2008.

3. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

Written By,
Nur Rabiatul Adawiah bt Mohd Noor
2nd Year Student Of Uni Malaya
BA of Applied Science(Microbiology) and Islamic Studies

2 comments:

pemilik blog faqir July 15, 2008 at 7:27 PM  

aslmkum awi...
jika kita amati sejarah kamal taturk,dia ni hanyalah budak buangan saje,tapi dia dilatih dan ejen barat (yahudi) untuk kembali ke negaranya yang pada masa itu dicemburui oleh negara-negara barat,kerana aman dan kaya dengan latarbelakang islam..dengan cara ini,kita lihat barat berjaya mencapai agenda jahanya di turki yang pada masa itu kuat dengan sistem pemerintahan khilafah...jdi hari ini,bagaimana dengan negara islam pada hari ini,dahla lemah,demokrasi pulak kotor,pemimpin plak sibuk pnuhkan kntung sendiri....mgkin ada agenda baru barat selepas palestin...mari sama2 kita fikirkan..

pemilik blog faqir July 15, 2008 at 7:28 PM  

sory wi ayat tunggang terbalik ckit...