Suara Bebas Mahasiswa?

>> Monday, July 14, 2008


Sebentar tadi baru berlangsung program anjuran Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, yang bertempat di Dewan Kuliah A. Program berbentuk syarahan yang bertajuk "Membina Generasi Mahasiswa Era Globalisasi disampaikan oleh Prof. Sidek Baba dari Universiti Islam Antarabangsa.

Beberapa perkara yang menarik utk dikongsi bersama ialah huraian Prof Sidek berkenaan globalisasi. Beliau menyatakan pandangan beliau bahawa masyarakat zaman sekarang meletakkan barat sebagai kayu ukur untuk di ikuti. Oleh sebab itu budaya sendiri hilang dari masyarakat kita. Hal inilah yang menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa di kalangan masyarakat melayu. Katanya juga, globalisasi merupakan satu bentuk penjajahan baru dari segi ICT, media, perdagangan antarabangsa dan lain- lain. Kita bukan menentang barat kerana mereka orang barat tetapi kita tentang agenda mereka.

Beliau juga mengkaitkan masalah globalisasi ini dengan mahasiswa. Terdapat beberapa cabaran yang perlu di hadapi oleh mahasiswa masa kini. Bagaimana mahasiswa seharusnya tampil kehadapan memberi idea dan sumbangan kepada masyarakat dan mengapa adanya perbezaan mahasiswa dahulu dengan mahasiswa sekarang dari segi keaktifan mereka dalam berpersatuan. Beliau menyarankan supaya mahasiswa menganjurkan aktivi- aktivi seperti latihan kepimpinan, program yang berunsur intelektual dan lain- lain supaya minda mahasiswa lebih matang dalam menghadapi cabaran akan datang.

Saranan beliau juga kepada mahasiswa ialah menyertai sesuatu organinsasi dan merasai pengalaman memimpin kerana mahasiswalah pencorak pemerintahan masa hadapan. Kita tidak mahu melahirkan mahasiswa yang hanya pandai dalam pelajaran tetapi tidak ada kemahiran dalam pengurusan dan kepimpinan. Sikap 'exam oriented' seharusnya di hapuskan dalam diri mahasiswa kerana kita menuntut ilmu bukan hanya kerana ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang tetapi juga modal insan yang dinamik dlm segala aspek.

Pada sesi soal jawab, saya sempat bertanya pendapat Prof Sidek berkenaan isu kelesuan di kalangan mahasiswa. Adakah ianya berpunca dari kekangan- kekangan dari pihak pentadbiran atau halangan dari akta- akta yang di reka untuk menjatuhkan semangat kebangkitan mahasiswa? Seperti yang kita sedia maklum tindakan berani Saudara Azlan Zainal,mahasiswa Universiti Malaya menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) mendapat kecaman hebat dari pihak pentadbiran malah beliau juga mendapat surat amaran dari pihak universiti. Bukankah sepatutnya kita lihat, saudara ini sebagai anak muda yang berjiwa besar dan bersedia untuk memimpin masyarakat? Tetapi oleh kerana sogokan dan ancaman yang diberikan segelintir mahasiswa yang baru berjinak- jinak dalam dunia kepimpinan takut untuk melakukan sesuatu yang baru justeru menyebabkan kelesuan menghantui jiwa anak muda.

Dan pandangan ini di setujui oleh Prof. Sidek malah beliau juga menyatakan bahawa mahasiswa seharusnya diberi kebebasan untuk bersuara. generasi Mahasiswa lah yang akan menjadi peneraju kepimpinan. Dan kekangan yang dihadapi seharusnya dijadikan cabaran supaya kita lebih kreatif dalam menangani sesuatu kekangan.

Oleh itu, diharap kepada semua mahasiswa supaya kita sama- sama mengorak langkah ke hadapan. Bersama- sama membina mentaliti kelas pertama agar generasi baru kepimpinan yang ideal dapat diwujudkan untuk kesejahteraan negara.

0 comments: