Seminar Islam Liberal

>> Thursday, August 14, 2008

Tadi jam 10 pg aku berkesempatan ikuti seminar islam liberal yg di adakan di Akademi Pengajian Islam UM. Pegi tu dah lambat skit sbb ada kelas. Dlm pukul 8.30 Mufti Perlis, Dr. Asri telah bentangkan kertas kerja tentang islam liberal. dan masa aku sampai td, Dr. Juanda Hj Jaya mengulas tentang perbentangan kertas kerja. Katanya, ada 4 perkara yg patut kita tau dlm islam liberal ni.

1. Apa yang kita takut dari Islam liberal ni
2. Apakah pluralisme agama?
3. Pemikiran liberal anti-syariat. - cth yg Dr juanda bg, syeikhah amina wadud, cthnya penjelasan amina dlm poligami, aurat, kahwin ahli kitab dll.
4. Pemikiran liberal membawa kepada kesamaan. Maksudnya dlm islam liberal ni kita ada hak demokrasi berfikir @ bercakap tanpa had.

Dr Juanda juga memberitahu org yg liberal terhadap islam sebenarnya tidak mempunyai asas yg kukuh dlm agama. Dan sebenarnya liberalisasi islam ni membawa kepada kebaikan. Tetapi kebaikan dari soal utk membangunkan Islam. dan tidak mengubah syariat Islam. Jadi yg aku nmpk sebenarnya ada Liberalisasi dlm Islam tetapi ada had dan kepentingannya...



Jadi utk faham lebih lanjut lagi tentang isu ni, 23 hb 8 ni seminar yg sama akn di adakan lagi. dan kali ni anjuran Persatuan Ulama' Malaysia.. sama2 kita fahami maksud sebenar islam Liberal...





2 comments:

super lotto results August 14, 2008 at 6:33 AM  

Yuts, daw palagpat imo blog.

aru 2307 December 31, 2008 at 2:22 AM  

http://www.geocities.com/liberal_islam.

dan kaji balik asal aliran pemikiran ini.